| sampel rawak | random sample | Sampel yang diambil secara rambang, iaitu tanpa mengikut aturan atau pola tertentu daripada sesuatu populasi. Unsur-unsur dalam sampel rawak mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. | Menengah Atas |
| rawak | random | Perihal memperoleh sesuatu tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua hasil yang mungkin adalah sama. | Menengah Atas |
| pemilihan rawak | random selection | Kaedah pemilihan yang membolehkan setiap ahli dalam suatu populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Kaedah ini dikenali juga sebagai pensampelan rawak. | Menengah Atas |
| rawak | random | Perihal memilih sesuatu antara semua yang mungkin tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua pilihan adalah sama. | Menengah Rendah |
| rawak | random | Kaedah memilih sesuatu secara rambang atau tidak teratur. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| pemboleh ubah rawak selanjar | continuous random variable | Pemboleh ubah yang boleh mengambil sebarang nilai dalam julat tertentu. | Menengah Atas |
| pemboleh ubah rawak diskret | discrete random variable | Pemboleh ubah yang mewakili nilai yang boleh dibilang. | Menengah Atas |