| polinomial | polynomial | Ungkapan yang berbentuk seperti berikut: aright>0xn + aright>1xn-1 + ... + aright>nx + aright>n dengan aright>0, aright>1, aright>2, ..., aright>n merupakan nombor tertentu, n merupakan integer positif dan x ialah pemboleh ubah. | Menengah Atas |
| trapezium tegak | right trapezium | Segi empat yang mempunyai dua sudut tegak, sepasang sisi selari dan tidak mempunyai paksi simetri. Lihat rajah | Menengah Atas |
| sudut tepat | right angle | Lihat sudut tegak. | Menengah Atas |
| sudut tegak | right angle | Sudut yang mempunyai ukuran bersamaan dengan 90°. Lihat rajah | Menengah Atas |
| silinder tegak | right cylinder | Silinder yang paksinya berserenjang dengan kedua-dua muka hujung. Lihat Contoh | Menengah Atas |
| silinder membulat tegak | right circular cylinder | Pepejal yang mempunyai keratan rentas yang seragam dan berbentuk bulat serta paksinya berserenjang dengan kedua-dua muka hujung. Lihat rajah | Menengah Atas |
| segi tiga bersudut tepat | right-angled triangle | Lihat segi tiga bersudut tegak. | Menengah Atas |
| segi tiga bersudut tegak | right-angled triangle | Segi tiga yang salah satu sudutnya 90°, dikenali juga sebagai segi tiga bersudut tepat. Lihat rajah | Menengah Atas |
| prisma tegak | right prism | Prisma yang dua dasarnya sejajar dan mempunyai permukaan sisi berbentuk segi empat tepat. Lihat rajah | Menengah Atas |
| piramid tegak | right pyramid | Piramid yang puncaknya tegak di atas bahagian tengah tapaknya. Lihat rajah | Menengah Atas |