| trigonometri | trigonometry | Cabang matematik yang berkaitan dengan hubungan antara sisi segi tiga dan sudutnya serta juga penggunaannya. | Menengah Rendah |
| trigonometri | trigonometry | Cabang matematik yang mengkaji segi tiga dan hubungan antara sisi segi tiga dengan sudutnya serta penggunaannya berdasarkan fungsi-fungsi trigonometri. | Menengah Atas |
| sukuan | quadrant | Bahagian pada satah yang dibahagikan kepada empat bahagian oleh paksi-x dan paksi-y serta dilabelkan mengikut arah lawan jam. | Menengah Atas |
| silinder membulat tegak | right circular cylinder | Pepejal yang mempunyai keratan rentas yang seragam dan berbentuk bulat serta paksinya berserenjang dengan kedua-dua muka hujung. Lihat rajah | Menengah Atas |
| operasi songsang | inverse operation | Operasi yang menukar semula kesan suatu operasi yang lain. Darab dan bahagi serta tambah dan tolak merupakan pasangan operasi yang saling bersifat songsang. | Menengah Atas |
| silinder membulat tegak | right circular cylinder | Silinder yang mempunyai keratan rentas yang seragam dan berbentuk bulat serta paksinya berserenjang dengan kedua-dua muka hujung. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| tertib operasi | order of operations | Kaedah melakukan operasi sama ada dengan operasi darab dan bahagi dari kiri ke kanan, serta tambah dan tolak dari kiri ke kanan. | Menengah Atas |