| punca kuasa dua | square root | Jika a = b × b, maka b ialah punca kuasa dua a. Simbol bagi punca kuasa dua ialah √ . Oleh itu, √ a = b. | Menengah Atas |
| punca kuasa dua | square root | Perihal nombor yang didarabkan dengan nombor itu sendiri sebanyak sekali akan menghasilkan nombor yang diberi. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| meter persegi | square metre | Unit ukuran bagi luas permukaan dalam sistem metrik. Singkatannya, m². | Menengah Rendah |
| kuasa dua | square | Nombor yang menunjukkan sesuatu nombor didarabkan dengan nombor itu sendiri. Contohnya, kuasa dua bagi 4 ditulis sebagai 4², yang bermakna 4 × 4. | Menengah Rendah |
| sentimeter persegi | square centimetre | Unit ukuran bagi luas permukaan. Simbol sentimeter persegi ialah cm². Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| meter persegi | square metre | Unit ukuran bagi luas permukaan. Simbol meter persegi ialah m². Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| sesiku | set square | Alat yang digunakan untuk melukis garis selari, garis serenjang dan garis bersudut. Lihat rajah | Menengah Atas |
| kuasa dua sempurna | perfect square | Nombor yang boleh ditulis sebagai kuasa dua satu nombor bulat. Lihat Contoh | Menengah Atas |
| sesiku | set square | Alat melukis berbentuk segi tiga bersudut tegak, yang digunakan untuk melukis garis selari, garis serenjang dan garis bersudut. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| kuasa dua sempurna | perfect square | Nombor yang bersamaan dengan kuasa dua bagi suatu nombor bulat. Contohnya, 25 ialah kuasa dua sempurna kerana 25 = 5². | Menengah Rendah |