| sebutan | term | Bahagian dalam sesuatu ungkapan atau siri yang dipisahkan oleh tanda + atau -, atau bahagian-bahagian dalam satu jujukan yang dipisahkan oleh tanda koma. Contohnya, dalam ungkapan 5a³ - 2xy + 3, sebutannya terdiri daripada 5a³, -2xy, dan 3, dalam jujukan 2, 5, 8, sebutannya terdiri daripada 2, 5 dan 8. | Menengah Atas |
| sebutan | term | 1. Setiap kuantiti dalam suatu ungkapan yang melibatkan tanda + atau −. Contohnya, 5x + 3y − z mempunyai tiga sebutan, iaitu 5x, 3y dan z. 2. Suatu nombor atau perkara yang disenaraikan dalam suatu jujukan. Contohnya, dalam jujukan 2, 4, 6, 8, ..., sebutan pertama ialah 2, sebutan kedua ialah 4, dan seterusnya. | Menengah Rendah |
| sebutan ke-n | nth term | Sebutan yang boleh mewakili sebarang nilai yang diberikan dalam satu persoalan matematik. Contohnya, jika n = 7, maka sebutan yang dimaksudkan ialah sebutan ke-7. | Menengah Atas |
| sebutan algebra linear | linear algebraic term | Sebutan yang mengandungi satu pemboleh ubah dengan kuasanya ialah 1. Contohnya, 4x dan 5y. | Menengah Rendah |
| sebutan algebra tak linear | non-linear algebraic term | Sebutan yang mengandungi satu atau lebih pemboleh ubah atau kuasa selain daripada 1. Lihat Contoh | Menengah Rendah |