Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.bas] | بابس

Definisi : ; membabaskan membawa, menghanyutkan, menyeret: keinginan utk bebas kadang-kadang dapat ~ orang kpd keliaran;terbabas 1. tidak sengaja menyimpang drpd jalan atau matlamat yg dituju (kerana tidak dapat mengawal kereta, perahu, dsb yg dipandu): perahu itu ~ terlalu jauh ke barat; keretanya ~ ke tepi jalan dan melanggar tiang elektrik; 2. salah arah, menyimpang drpd atau tidak mengenai matlamat: jangan lupa tikamanmu itu biarlah membunuh jangan ~; 3. ki menyimpang drpd kebiasaan (tujuan asal dsb): dia perlu dibimbing supaya tidak ~ ke lembah kejahatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.bas] | بابس

Definisi : ; terbabas menyimpang dr arah yg dituju; terlencong: Keretanya telah ~ ke atas rumput kerana jalan terlalu licin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata babas


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
nitrogen free extract (NFE)ekstrak nitrogen bebasekstrak nitrogen babasekstrak nitrogen bebasPerikanan

Kembali ke atas