Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; melucut terlepas drpd pegangan (geng­gaman dll), luncur; melucuti 1. mengambil senjata drpd geng­gaman, merampas: mereka sendiri mahu di­lucuti senjatanya; 2. ki melenyapkan atau merosakkan (maruah, kemuliaan, dsb): dia berhati-hati berkata-kata supaya tidak me­nyakitkan pendengaran, melukai perasaan atau ~ kemuliaan orang lain; negara itu telah dilucuti taringnya; melucutkan 1. menanggalkan (pakaian, perhiasan, dll), melepaskan (tali, ikatan, dll), meluluskan (gelang, cincin, dll): dgn gopoh, ia ~ pakaiannya; ~ orang drpd bahaya maut; gelang emas di tangan dilucutkannya; 2. ki menarik balik, mencabut balik, memansuhkan; ~ jawatan memberhentikan (drpd jawatan), memecat; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan; terlucut terlepas (drpd pegangan, genggaman, ikatan, dll): kayu itu ~ drpd genggamannya; orang berhutang tidak ~ drpd tanggungan­nya selagi hutang belum dijelaskan; perlucutan pelucutan; pelucutan perihal (proses, tindakan dsb) melucuti atau melucutkan: ~ senjata; ~ jawatan; ~ jawatan tindakan menarik balik (meng­gugurkan, membatalkan dsb) jawatan ygsedang disandang oleh seseorang, pemecatan; ~ senjata a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata drpd seseorang atau sesuatu kumpulan; b) tindakan mengecilkan atau mengurangkan kekuatan angkatan ber­senjata oleh sesebuah negara; pelucut alat utk melucutkan sesuatu; ~ dawai pelurut dawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lucut
Kata Terbitan : melucut, melucutkan, terlucut,

Puisi
 

Kalau tumbuh lalang di Bucut,
     Tempat selamat bermain pedang;
Kalau sungguh janji tak lucut,
     Bagi alamat saya nak pegang.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
keeppenahan (lucut)penahan (lucut)penahan (lucut)Perikanan
escapelepas/lucutlepas/lucutlepas/lucutPerubatan
chain stopperpenahan rantaipenahan (lucut rantai)penahan (lucut rantai)Perikanan
bow stopperpenahan luarpenahan (lucut) luarpenahan (lucut) luarPerikanan
quick disconnect couplingkopling lepa cepatpengganding lucut pantaspengganding lucut pantasKejuruteraan
quick disconnect couplingkopling lepa cepatpengganding lucut pantaspengganding lucut pantasKejuruteraan
escape rhythmiram lepasrentak lepas/rentak lucutrentak lepas/rentak lucutPerubatan

Kembali ke atas