[mo.ni.tor] | مونيتور
Definisi : 1. alat utk mengawasi dan merakamkan terus-menerus perjalanan dsb sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang sesuatu kemungkinan yg tidak baik; 2. peti (spt peti televisyen) yg digunakan utk memaparkan data atau maklumat dr komputer, unit paparan video; memonitor mengawasi serta merakamkan terus-menerus perjalanan dsb sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang sesuatu kemungkinan yg tidak baik; pemonitoran perihal (perbuatan) memonitor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mo.ni.tor] | مونيتور
Definisi : 1 alat utk mengawasi dan merakamkan peristiwa, perjalanan sesuatu, dsb secara terus-menerus serta memberi isyarat amaran ttg sesuatu kemungkinan yg tidak baik. 2 peti yg berupa spt peti televisyen yg digunakan utk memaparkan data atau maklumat dr komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)