[per.can.tu.man] | ڤرچنتومن
Definisi : perihal mencantumkan bahagian-bahagian yg berlainan menjadi satu (motokar dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[per.can.tu.man] | ڤرچنتومن
Definisi : perihal bercantum, pertemuan, pertautan, pergabungan, perpaduan, penyatuan: aku akan terus berjuang utk ~ Singapura dgn Tanah Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[per.can.tu.man] | ڤرچنتومن
Definisi : keadaan atau hal bercantum; pergabungan; persatuan: Malaysia terdiri drpd ~ negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu dgn Sabah dan Sarawak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)