Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.sot] | روسوت

Definisi : ; merosot 1. meluncur turun, gelongsor, menggelingsir: ia tidak sedar ketika anaknya ~ dr pangkuannya; 2. sangat banyak turun­nya, jatuh sekali (harga barang dll): harga getah sangat ~ tahun ini; 3. menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh, dll): maka majalah itu pun mulai ~ pen­jual­an­nya; gengsi kami di luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan; 4. semakin kurang (mundur), tidak maju (ke­pandaian, kesihatan, dll): kesihatannya se­makin ~; merosotkan menurunkan, mengurangkan, menyusutkan (harga, mutu, dll); kemerosotan perihal (kejadian dsb) me­rosot, keadaan merosot, kemerosotan: kesan-kesan ~ ekonomi; ~ disiplin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.sot] | روسوت

Definisi : ; merosot 1 bergerak dr tempat tinggi ke tempat rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun lalu, harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak, hasil padi tahun ini ~. merosotkan menurunkan; mengurangkan (harga, mutu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rosot
Kata Terbitan : merosot, merosotkan, kemerosotan,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
tone decayrosot nadarosot nadarosot nadaPerubatan
tone decay testuji rosot nadauji rosot nadauji rosot nadaPerubatan
debeamingrosot cahayamemecah cahayarosot cahayaKomunikasi Massa
parasitic diebackmati pucuk parasitmati rosot parasitmati rosot parasitPertanian
degenerated cellsel degerasisel terjana rosotsel terjana rosotVeterinar
quick decline diseasepenyakit susut cepatpenyakit rosot cepatpenyakit rosot cepatPertanian
degenerative testicular atrophyatrofi testikular degeneratifatrofi testis jana rosotatrofi testis jana rosotVeterinar
degenerative left shiftanjakan kekiri degeneratifanjakan kiri jana rosotanjakan kiri jana rosotVeterinar
degenerative joint diseasepenyakit sendi degeneratifpenyakit sendi jana rosotpenyakit sendi jana rosotVeterinar
regressionregresiTiadarosot kembali/regresiSosiologi

Kembali ke atas