Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taut] | تاءوت

Definisi : bertaut 1. menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang, bercerai, luka, dll), berkatup rapat-rapat: kemudian bibir mereka ~ beberapa detik; 2. bercantum, berpaut (pd, dgn): sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangan-nya diramas; ~ tangan berjabat (berpegangan) tangan; 3. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pd, dgn): corong asap dr rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yg kelabu ~ dgn kabut pekat di udara; 4. berpusat (pd, pandangan, dll), ber-tumpu (pd): fikirannya ~ pd soal pelajaran; 5. bertemu (sungai dgn sungai dll): mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing me-lebar; 6. berhu­bungan (dgn), bertalian (dgn), berkaitan (dgn): kesihatan badan ~ rapat dgn kebahagiaan hidup;menautkan, mempertautkan 1. men­jadi­kan bertaut kembali; kaca dgn sekali banting dapat dihancurkan, tetapi memper­taut­kannya kembali: tidak semudah itu; 2. mem-perhubungkan (dgn), mempertalikan (dgn), mempertemukan: bilakah akan dapat diper-tautkan dan diperdekatkan perhu­bungan Amerika dgn Eropah; 3. memusatkan (dgn), menyatukan (dgn): perintah itu ber­tujuan utk ~ golongan-golongan antara manusia; 4. menumpukan (memusatkan, mengarahkan) pd; tautan hasil bertaut, hubungan, kaitan, cantuman: kesan yg negatif ini mungkin ada ~nya dgn kejadian yg lalu; pertautan perihal bertaut, perhubungan, per-talian: puisi adalah hasil ~ jiwa penyair dan alam di sekitar; taup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taut] | تاءوت

Definisi : sj tali kail utk menangkap ikan: maka di situ hendak ditahannya ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taut] | تاءوت

Definisi : ; bertaut bertemu antara satu dgn yg lain (bkn bibir, luka dll); menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang dll): Biduk lalu kiambang ~. menautkan menjadikan rapat. mempertautkan menjadikan bertaut; menjadikan ber­temu semula: ~ bibir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taut
Kata Terbitan : bertaut, menautkan, mempertautkan, pertautan,

Puisi
 

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
     Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
     Takut kecundang kasih berpaut.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
fracture uniontaut frakturtaut frakturtaut frakturPerubatan
fibrous uniontaut fibrosataut fibrosataut fibrosaPerubatan
communication linktaut komunikasitaut komunikasitaut komunikasiKejuruteraan
myoneural junctiontaut mioneuraltaut mioneuraltaut mioneuralPerubatan
costochondral junctiontaut kostakondraltaut/persimpangan kostokondraltaut persimpangan kostokondralPerubatan
impermeable junctiontaut kedaptaut tak telaptaut tak telapPerubatan
gap junctiontaut imbastaut imbas/neksustaut imbas/neksusPerubatan
neuromuscular junctiontaut saraf-otottaut saraf otottaut saraf ototPerubatan
non-unionnon-tauttak tauttak tautPerubatan
mal-unionsalah-tautsalah-tautsalah-tautPerubatan
1234

Kembali ke atas