[ti.lam] | تيلم
Definisi : lapik tidur yg dibuat drpd kain yg diisi dgn kabu-kabu dll, kasur; ~ berspring tilam yg di dalamnya terdapat lingkaran spring; ~ catur = ~ cekam (bercengkam) tilam yg dijahit pd beberapa tempat supaya padat (mampat); kain ~ kain cadar, kain penutup tilam; jatuh di atas ~ prb beruntung kerana berkahwin dgn perempuan cantik serta kaya dll; bertilam berlapik (memakai) tilam, berkasur: walaupun ia berbaring itu di atas katil ~ catur, namun matanya tidak juga dapat dilelapkan; ~ air mata sl menangis ketika tidur (orang dlm percintaan); ~ pasir prb tidak mempunyai tempat tinggal (tidur di merata tempat); bertilamkan mempunyai (menggunakan dsb) sesuatu sbg tilam: ~ susunan surat khabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ti.lam] | تيلم
Definisi : lapik tempat tidur dll yg dibuat drpd kain yg diisi kekabu dll: ~ getah tilam yg dibuat drpd getah. bertilam ada tilamnya; berlapik dgn tilam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)