Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj racun ikan (dibuat drpd bermacam-macam jenis akar yg beracun biasanya akar Derris elliptica); jenis-jenisnya: ~ jenerak, ~ jemu, ~ kapur, ~ seluang, dll; ~ tikus racun pembunuh tikus, berangan; me-mecah ~ menyiarkan khabar hingga men-cemaskan orang; ~ binasa ikan tak dapat prb pekerjaan yg sia-sia atau merugikan; bagai (spt) ikan kena ~ prb tidak berdaya lagi; menuba 1. meracuni (ikan) dgn tuba: mereka pergi ~ ikan di sungai; 2. menyakiti, me­nyeksa (hati, jiwa, dll): dia menangis dgn hati yg dituba oleh perasaan cemburu; penubaan perihal atau perbuatan menuba: ~ ikan di sungai mestilah dibendung dgn segera; penuba orang yg menuba: masyarakat tidak harus mendiamkan diri terhadap perbuatan ~ ikan di sungai itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tuba
Rujuk :racun

Puisi
 

Cik Akob mengayak besi,
     Mari tuba di Pulau Lalang;
Pujuklah dia hingga mati,
     Main muda alang kepalang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
derris rootakar tubaakar tubaakar tubaPerikanan
derris powderbubuk tubaserbuk tubaserbuk tubaPerikanan
rotenonerotenon, tuba, deristuba, rotenontuba, rotenonPerikanan
discharge tubetuba hilang castiub nyahcastiub nyahcasKomunikasi Massa
calcareous tubetuba berkapurtiub berkapurtiub berkapurPerikanan
Fallopian tubetuba Fallopi/buluh rahimtiub Fallopiontiub FallopionPerubatan
tubal ligationpengikatan tubaTiadapengikatan tiubPerubatan
insufflation of Eustachian tubetuba Eustachiusinsuflasi tiub Eustachianinsuflasi tiub EustachianPerubatan
ampulla of uterine tubeampula tuba uterina amigdalaampula tiub uterinampula tiub uterinPerubatan

Kembali ke atas