Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rah] | اره

Definisi : 1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkem­bangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke; searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan; arah-arah Mn serupa, hampir sama; berarah mempunyai arah, berhala, ber­ha­luan, bertujuan: ~ ke selatan; mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jam­batan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, menge­tuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau menge­lolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang; mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perin­tah: polis diarahkan bersikap sopan; terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): peran­cangan dan perkembangan yg ~; arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, pe­rintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk mem­buat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu; pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru ber­pandu; 2. perihal mengarah (memberi teka­n­an pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial; pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Per­khidmatan dan Perjawatan; ~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi mem­berikan khidmatnya dlm mena­sihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syari­kat yg bertanggungjawab kpd lembaga peng­arah dan terhadap keseluruhan pengu­rusan dan perjalanan syarikat; kepengarahan perihal (sifat, bakat, ke­boleh­an dsb) yg berkaitan dgn pengarah: sedia­kanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukan­nya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rah] | اره

Definisi : 1 hala yg dituju; jurusan: Ketika keluar dr biliknya, dia menjeling ke ~ kami. ~ songsang jam arah yg berlawan dgn arah putaran jarum jam. 2 tujuan; maksud: berkata tidak tentu ~ berkata dgn tidak tentu maksudnya. mengarah pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut. mengarahkan 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. arahan 1 pimpinan; kelolalan: Drama itu dipentaskan di bawah ~ Encik Kassim. 2 perintah: Kerajaan telah mengeluarkan ~ melarang bermain mercun. ~ komputer ist arahan yg diberikan kpd komputer utk melaksanakan tugas tertentu. pengarahan perihal, perbuatan dsb mengarah atau mengarahkan. pengarah orang yg mengarahkan; pengelola (dlm sesuatu jabatan dsb): ~ Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap seluruh pengurusan dan perjalanan syarikat tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arah

Puisi
 

Tanjung Sempit Kuala Tembeling,
     Arah menghala Lautan Cina;
Dia mengenyit saya menjeling,
     Kenapa seorang jadi merana.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti pikat kehilangan mata.

Bermaksud :

Bingung tak tentu arah. pikat = sebangsa lalat besar.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
น rami รัว [rua] ก 1 (ปืน) menembakkan se­ suatu bertalu-talu: ตำรวจรัวปืนใส ่ รถผู ้ ต ้ อง สงสัยคันนั ้ น Pasukan polis menembak- kan pistol bertalu-talu ke arah sebuah kereta yang disyaki itu. 2 (ระฆั ง กลอง) memukul sesuatu bertalu-talu 3 (หมัด) memberikan penumbuk bertalu-talu รั่ว [rua] ว bocor: ยางของรถยนต ์ คันนั ้ นรั่ ว Tayar kerana dia bercakap berdolak-dalik. 2 mencurigai: ตำรวจสงสัยชายหนุ ่ มคนนั้ น เพราะเขาเข ้ าออกหลังร ้ านบ ่ อย ๆ Polis men- curigai pemuda itu kerana dia kerap kali meninjau ke arah belakang kedai. 3 mengesyaki: ตำรวจสงสัยว ่ าชายหนุ ่ มคนนั้ น ได ้ ปล ้ นร ้ านทอง Polis mengesyaki pemuda itu telah merompak kedai emas. สงสาร [sosa:n] ก bersimpati
Kamus Thai 2.indb
่ งขัน) kali: เขาไม ่ มาประชุมสองนัด Dia tidak hadir me- syuarat sebanyak dua kali. b (ยิง) das: ตำรวจยิงใส ่ ผู ้ ร ้ ายสองนัด Polis melepaskan dua das tembakan ke arah penjahat itu. c (กระสุน) butir: ป ื นสั ้ นกระบอกนี ้ บรรจุกระสุนหก นัด Pistol ini berisi enam butir peluru. นั่ น [nan] ส itu: นั ่ นคือรถยนต ์ คันใหม ่ ่ ปัตตานี Perangai kawan saya berubah sejak dia berpindah ke Pattani. 2 me­ ngu­bah: รัฐบาลเปลี่ ยนแปลงสถานะทาง เศรษฐกิจของประเทศให ้ มั่ นคงกว ่ าเดิม Kera- jaan mengubah suasana ekonomi negara ke arah yang lebih stabil. เปลี ่ ยว [pli  aw] ว sepi: ในเวลากลางคืน บรรยากาศที่ สวนสมเด็จเปลี่ ยว Pada waktu malam, suasana di Taman Somdej sepi. เปลือก [plak] น kulit เปลือกตา [-ta:] น
Kamus Thai 2.indb
้ ามาตั้ งบริษัทประกันในเมืองไทย Orang asing menunggu peluang mem­ bangunkan syarikat insurans di Negara Thai. 3 mengacukan: ชายในเครื่ องแบบนั้ น จ ้ องปืนของเขามาที่ เรา Lelaki berpakaian seragam itu mengacukan senapangnya ke arah kami. จองหอง [c:h:] ว sombong: ฉันไม ่ ชอบเขาเพราะเขาจองหองมาก Saya tidak suka padanya kerana dia sangat sombong. จอแจ [c:cε:] ว hingar-bingar, hi­ ngar-bangar, hiruk-pikuk, bising ้ วยนิ้ วชี้ Ibu menekan dahi anaknya dengan jari telunjuk. ก 2 menunjuk: น ั กเรียนทุกคนต ่ างชี้ ไปย ั งภาพของนายกร ั ฐมนตรี Setiap murid masing-masing menun­ juk ke arah gambar Perdana Menteri. ชี้ขาด [-ka :t] ก memutuskan: คณะกรรมการได ้ ชี้ ขาดแล ้ วว ่ าน ้ องเขาได ้ กระทำ ผิดจริง Jawatankuasa telah memutus­ kan bahawa adiknya benar-benar
Kamus Thai 2.indb
dalam bidang pendidikan akan terus disemarakkan dengan kegiatan yang boleh memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Mudah-mudahan Kamus Thai-Melayu Dewan ini akan menjadi simbol dan jambatan ke arah mempertingkatkan hubungan antara Malaysia dengan Thailand dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan ekonomi. Dato' Seri Hishammuddin Bin Hussein Menteri Pelajaran Malaysia 2008 Kamus Thai 2.indb 6 4/15/2008 10
Kamus Thai 2.indb
berasa geram: ผู ้ ประท ้ วง กระเหี้ ยนกระหือรืออยากเข ้ าไปทำร ้ ายตำรวจที่ ฉีด น ้ ำใส ่ พวกเขา Penunjuk perasaan berasa geram hendak menyerbu polis yang memancutkan air ke arah mereka. กระอักกระอ ่ วน [kraakkrauan] ว serba salah: เขารู ้ สึกกระอ ั กกระอ ่ วนที่ จะร ั บ ตำแหน ่ งน ั ้น Dia berasa serba salah untuk menerima jawatan ขวาง [kwa:] ก menghalang, menga- dang, menyekat ขว ้ าง [kwa:] ก melemparkan, mem- baling, melontar: ทหารขว ้ างระเบิดมือใส ่ ข ้ าศึก Askar melemparkan bom tangan ke arah musuh. ขวาน [kwa:n] น kapak ขวิด [kwit] ก menanduk ขอ 1 [k:] น cangkuk ขอ 2 [k:] ก meminta, memohon ขอขมา [-kama:] ดู ขมา ขอต ั ว [-tu:a

Kembali ke atas