Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sid] | اسيد

Definisi : (Kim) bahan yg mempunyai nilai pH kurang drpd 7, bersifat mengakis dan boleh menukarkan kertas litmus kpd warna merah; ~ amino sj asid organik yg merupakan unit asas protein; ~ asetik = ~ etanoik sj asid organik lemah, terdapat dlm cuka; ~ askorbik sj asid yg terdapat semula jadi dlm buah-buahan sitrus (spt limau, oren, lemon, dll), dan sayur-sayuran, vitamin C; ~ barbiturik asid organik yg dapat menghasilkan pelbagai ubat pelali dan ubat perangsang tidur; ~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yg digunakan sbg pengawet makanan; ~ borik asid lemah yg digunakan sbg antiseptik dan dlm pembuatan kaca perintang haba, enamel, porselin dan gentian kaca; ~ formik asid tanpa warna yg dahulunya diperoleh drpd sesetengah serangga (tetapi kini dapat dihasilkan secara sintetik), digunakan dlm pencelupan tekstil, peng­hasilan insektisid dsb; ~ hidroklorik sj asid kuat yg sangat mengakis; ~ karboksilik kum­pulan asid organik (spt asid asetik) yg terdapat semula jadi di dlm haiwan dan tumbuhan; ~ klorik asid tanpa warna yg mempunyai ciri pengoksidaan yg kuat; ~ kuat asid yg tercerai sepenuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ laktik asid yg terdapat dlm susu masam, di­guna­­kan sbg bahan perisa dan pengawet makan­an; ~ lemah asid yg tidak tercerai se­penuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ lemak asid karboksilik yg wujud semula jadi di dlm lemak atau minyak haiwan dan sayuran; ~ linoleik asid lemak yg digunakan utk membuat marjerin, sabun, makanan ternakan dsb; ~ maleik asid berhablur yg tidak berwarna, yg digunakan utk membuat resin sintetik dan sbg pengawet minyak dan lemak; ~ mineral asid tak organik yg diperoleh drpd bahan mine­ral melalui proses kimia; ~ nitrik sj asid kuat yg sangat mengakis dan sangat reaktif; ~ nukleik sj asid yg terdapat dlm semua sel hidup; ~ organik kumpulan sebatian organik yg dapat menderma proton kpd bes; ~ sitrik sj asid yg banyak terdapat dlm buah-buahan sitrus; ~ sulfurik sj asid kuat yg sangat menga­kis dan sangat reaktif; ~ sulfurus asid lemah yg tidak stabil, yg terbentuk apabila sulfur dioksida larut di dlm air, dan digunakan sbg bahan pengawet dan peluntur; ~ tartarik asid yg terdapat dlm banyak tumbuhan dan jus buah, biasanya digunakan utk membuat serbuk penaik dsb; ~ urik sj asid organik yg terdapat dlm air kencing;berasid mengandungi asid;mengasid menjadi asid;mengasidkan menjadikan asid;keasidan banyaknya asid dlm sesuatu larut­an;pengasidan proses mengasidkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sid] | اسيد

Definisi : larutan yg di dlmnya terdapat ion hidrogen dan apabila bertindak balas dgn logam atau bes, membentuk garam (kebanyakannya mengakis, berasa masam dan memerahkan kertas litmus). ~ amino sj asid organik yg merupakan unit asas protein. ~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yg digunakan sbg pengawet makanan. ~ borik asid lemah yg digunakan sbg antiseptik (bahan pembunuh kuman) dan dlm pembuatan gentian kaca, porselin dsb. ~ hidroklorik ist larutan gas hidrogen klorida dlm air. Asid ini beracun dan berbau sengit, digunakan sbg reagen, dlm pemprosesan makanan, dlm pembersihan logam dll. ~ karbolik ist sj asid yg digunakan utk membuat bahan pembunuh kuman, minyak wangi, pencelup, dll; fenol. ~ klorik asid tanpa warna yg mempunyai ciri pengoksidaan yg kuat. ~ laktik asid yg terdapat dlm susu masam, digunakan sbg bahan perisa dan pengawet makanan. ~ sitrik ist asid yg tidak berwarna, larut dlm air dan terdapat dlm buah-buahan spt limau, oren, dan digunakan sbg bahan perisa. ~ sulfurik ist asid yg kuat, berbentuk cecair likat, berminyak, tidak berwarna, tidak berbau, sangat mengakis dan larut dlm air, digunakan sbg reagen, dan dlm membuat bahan letupan dan bahan pewarna. berasid terdapat asid di dlmnya (bkn larutan): minuman ~. mengasid menjadi asid. mengasidkan menjadikan sesuatu dlm bentuk asid: Bahan cemar boleh ~ air. keasidan keadaan berasid; banyaknya asid dlm sesuatu larutan. pengasidan perihal atau proses mengasidkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asid


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
ั งทำวิจ ั ยกรณีศึกษาความยากจนของคน รูสะมิแล Pelajar tahun akhir universiti itu sedang menjalankan kajian kes tentang kemiskinan penduduk Kam- pung Rusamilae. กรณียกิจ [-yaki  t] ดู พระราชกรณียกิจ กรด [krot] น (สารเคมี) asid กรดกำมะถัน [-kammatan] น asid sulfurik กรดเกลือ [-kl:a] น asid hidroklorik กรดดินประส ิ ว [-prasi  u] น asid nitrik กรดถ ่ าน [-ta:n] น asid karbonik กรดน ้ ำส ้ ม [-namsom
Kamus Thai 2.indb
buah kereta polis trafik menda- hului rombongan diraja. 3 mengetuai: ประธานนักศึกษานำกล ่ าวคำปฏิญาน Ketua pelajar mengetuai bacaan ikrar. น ้ ำ [na:m] น air น ้ ำกรด [-krot] น asid น ้ ำกระด ้ าง [-krada:] น air liat น ้ ำกลั่ น [-klan] น air suling น ้ ำกะทิ [-kati] น santan น ้ ำกาม [-ka:m] ดู

Kembali ke atas