[ba.ka] | باک
Definisi : 1. keluarga (yg menurunkan), asal keturunan (ayah dll); 2. benih (haiwan atau tumbuhan); membuang ~ menyimpang drpd sifatnya (asalnya) yg turun-temurun, mencemarkan nama baik keluhurannya (orang tua dll); saka ~ (keluarga) yg menurunkan, (sifat-sifat) keturunan, turun-temurun;pembakaan perihal memperkembang baka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.ka] | باک
Definisi : Kl, Tr sj tumbuhan (pokok), inai-inai, Erythroxylon cuneatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.ka] | باک
Definisi : 1 asal yg dimiliki drpd nenek moyang; asal usul; asal keturunan: ~ kita semuanya orang baik-baik dan bersopan santun. membuang ~ merosakkan nama baik datuk nenek. 2 benih (bagi haiwan atau tumbuh-tumbuhan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)