[bi.dang] | بيدڠ
Definisi : 1. permukaan yg datar (batasnya tertentu): maka seludang mayang itu menjadi gong, Jeming namanya, ~nya menjadi pedang; 2. ukuran lebar sesuatu (spt kain, tikar, dll): kain ini ~nya 39 inci atau satu meter; 3. lebar: dadanya ~; 4. ukuran panjang (kira-kira lima hasta): dua ~; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg luas (spt tanah dsb): di tengah-tengah se~ sawah; 6. kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam; 8. bahagian drpd permukaan sesuatu yg datar dan mempunyai keluasan yg tertentu: kotak itu mempunyai enam ~; ~ kuasa ketentuan-ketentuan yg menyatakan sejauh mana atau sebanyak mana kuasa yg ada pd atau yg boleh digunakan oleh seseorang; ~ tugas butir-butir mengenai tugas seseorang; membidangkan membentangkan (kulit dll) pd bingkai; ~ dada membusungkan dada; bidangan ark bidang, petak; pembidang, pembidangan bingkai (tempat membentang kulit, gambar, dll): ~ sebuah gambar harganya drpd harga gambar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bi.dang] | بيدڠ
Definisi : sl sj perahu perang: maka segala lancang kenaikan baginda pelang peraduan, jong pebujangan, ~ kekayuhan serta jong penanggahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bi.dang] | بيدڠ
Definisi : 1 bahagian drpd sesuatu yg datar lagi tertentu luasnya: Kotak itu enam ~nya. 2 terbuka dgn lebar; luas: Dadanya ~. 3 ukuran panjang yg besarnya lebih kurang 5 hasta: Berapa ~nya tikar ini? 4 penjodoh bilangan utk benda-benda yg luas spt layar, tanah: Saya memiliki dua ~ tanah sawah di kampung. 5 sesuatu jurusan ilmu pengetahuan, penyelidikan dsb yg diikuti; lapangan hidup yg dijalani: Kita masih ketinggalan dlm ~ ekonomi. ~ kuasa kuasa yg telah ditetapkan batasannya dan diberikan kpd sesebuah badan kerajaan atau pejabat sesuatu jawatan utk membolehkannya menjalankan tugas dgn berkesan. membidangkan 1 membentangkan kulit (belulang dsb) dgn bingkai. 2 mengelompokkan sesuatu mengikut bidang (lapangan dsb) yg sama. 3 membuat jadi bidang; melebarkan: ~ dada membusungkan dada. pembidangan perbuatan atau hal membidangkan; pengelompokan mengikut bidang (lapangan) yg sama. pembidang bingkai tempat membentangkan atau tempat meregangkan kulit (kain tenunan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)