Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cip.ta] | چيڤتا

Definisi : angan-angan (khayalan), cita, fikiran, renungan; daya ~ kebolehan fikiran utk mereka sesuatu (karya seni dll); mencipta menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dgn daya fikiran atau imaginasi (khayalan): utk dapat ~ cerita yg baik, diperlukan fantasi; guru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak; menciptakan 1. mewujudkan (mengadakan, membuat, menjadikan) sesuatu dgn fikiran (kekuatan batin): dunia diciptakan oleh Tuhan dgn kuasanya yg Maha Besar; 2. mewujudkan (melahirkan, membuat, menjadi­kan) sesuatu yg baru: Karl Marx bercita-cita ~ masyarakat yg sama rata; 3. membuat (menjadikan) sesuatu drpd bahan-bahan yg lain: drpd keledek pula ia ~ hasil-hasil spt sebatian getah yg berharga, kanji, halia tiruan, perekat, dll; 4. menghasilkan karya seni (mengarang sajak, menggubah lagu, dll): hanya dgn bakat sahaja sasterawan tidak dapat ~ novel yg bernilai; kalau mahu mendapat penghargaan, seniman mestilah ~ karya yg mengagumkan manusia; tercipta sudah diciptakan (dibuat, dijadikan), terwujud; ciptaan sesuatu yg diciptakan, hasil keseni­an: lagu-lagu ~ seniman agung P.Ramlee;ia tidak mengharapkan siapa-siapa punmembeli atau memuji ~nya yg tergantung di bilik pameran itu; penciptaan perihal (usaha dsb) mencipta(kan); pencipta (orang) yg menciptakan (menjadikan, membuat, mewujudkan): ~ fesyen pakaian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cip.ta] | چيڤتا

Definisi : (kesanggupan) fikiran utk me­ngadakan sesuatu (karya seni dll). men­cipta 1 memusatkan fikiran (utk mengadakan sesuatu); memikirkan dgn sungguh-sungguh (utk mengadakan sesuatu). 2 mengadakan atau mewujudkan sesuatu dgn kuasa sendiri dan tidak menggunakan bahan: Allah yg ~ langit dan bumi serta seluruh isinya. 3 menghasilkan sesuatu karya seni (spt lukisan, lagu dsb): Semasa hidupnya, Allahyarham telah ~ lagu lebih drpd seribu buah. 4 mengadakan sesuatu yg baru; mencapai sesuatu kejayaan atau hasil terbaik dlm olahraga dsb: Dia telah ~ rekod baru dlm lumba lari 400 meter. ciptaan sesuatu yg dicipta; hasil kesenian yg dicipta: Sajak-sajak ~nya sangat digemari orang. penciptaan perbuatan atau hal mencipta. pencipta (orang) yg mencipta: Orang masih bertanya-tanya siapakah sebenarnya ~ lagu Terang Bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cipta


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
2008 10:58:32 AM Cetakan Pertama 2008 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2008 พิมพ ์ ครั ้ งท ี ่ 1 พ.ศ. 2551 © สภาภาษาและหน ั งสือ (DBP) 2551 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik
Kamus Thai 2.indb
งขันฟุตบอล เอฟ เอ คัพ รอบชิงชนะเลิศคนนั้ นลำเอียง Pengadil per- lawanan akhir Piala FA berat sebelah. ลิกไนต ์ [liknait] น arang batu ลิเก [like:] น makyung Thai ลิขสิทธิ ์ [likasit] น hak cipta ลิง [li] น monyet ลิงโลด [lilo:t] ก melompat-lompat gembira: แฟนบอลลีเวอร ์ พูลลิงโลดหลังจาก เจอราร ์ ดยิงประตูได ้ Penyokong Liverpool melompat-lompat gembira setelah Gerrard dapat menjaringkan gol. ลิด [lit

Kembali ke atas