Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.ham] | فهم

Definisi : 1. = fahaman pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu, pengertian: ~nya mengenai soal-soal politik negara agak cetek; 2. fikiran atau anggapan dsb yg menjadi pegangan seseorang, pendapat: ~ mereka saling bercanggah; 3. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: aku tidak ~ macam mana perkara itu mahu diselesaikan; 4. kepercayaan (pegangan) individu atau masyarakat tentang sesuatu: ~ komunisme; ~ kapitalis faham yg menganjurkan supaya faktor pengeluaran berada di tangan orang perseorangan, kapitalisme; ~ kapitalis laissez-faire faham yg menganjurkan kegiatan ekonomi yg bebas sepenuhnya (tanpa campur tangan kerajaan); ~ sosialis faham yg menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor pengeluaran (biasanya oleh kerajaan); ~ sosialis Marx faham sosialis yg disebarkan oleh Karl Marx; ~ taakul faham yg menganggap pemikiran yg dapat diterima, yg merupakan asas ilmu pengetahuan (kepercayaan dll); ~nya bagai getah cair prb Mn tidak tetap pendirian; angan lalu ~ tertumbuk prb Mn kemahuan ada tetapi tidak berdaya;sefaham, sefahaman 1. sependapat, sekeyakinan: mereka sehaluan dan sefahaman; 2. setuju (dgn); bersefahaman bersatu faham (pendapat, keyakinan), bermuafakat, bersetuju: setiap pasangan suami isteri harus ~ dan berkasih-kasihan antara satu sama lain; kesefahaman keadaan sefaham: pembentukan sifat toleransi, kerjasama, dan ~;persefahaman perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan: dgn perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~;berfaham 1. = berfahaman mempunyai faham (pendapat, keyakinan, dll): rakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan drpd ~ kenegaraan; 2. bijaksana, berbudi, berakal: ia sangat ~ dan sangat disegani oleh masyarakat;memahami 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~ setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2. menyelami perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang, menganggap: dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sbg suatu kebengisan;memahamkan 1. memberitahu (supaya difahami): Mingguan Malaysia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut mengkaji segala masalah; 2. mengecamkan (supaya difahami): lihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan;kefahaman keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yg dipelajari (dibaca dsb): oleh itu, ujian keberkesanan pengajaran guru yg sebenarnya ialah ~ pelajar;ketidakfahaman perihal tidak memahami (sesuatu), kegagalan memahami: itu menunjukkan ~ mereka terhadap media itu sendiri;pemahaman perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.ham] | فهم

Definisi : 1 tahu benar (akan sesuatu): Rahman tidak ~ akan ajaran gurunya itu. 2 = fahaman fikiran atau anggapan mengenai sesuatu; pendapat. berfahaman 1 mempunyai fahaman (pendapat dsb): Walaupun negara telah maju, mereka masih ~ kolot. 2 mempunyai akal budi; berfikiran dan bijaksana: Pak Ali sangat ~ orangnya, oleh sebab itu beliau disegani oleh masyarakat kampung. memahami 1 tahu benar akan sesuatu; mengetahui; memaklumi: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg diucapkan oleh pemuda itu. 2 pandai dan tahu benar akan sesuatu hal: Beliau juga ~ bahasa Perancis. memahamkan 1 mempelajari atau meneliti sungguh-sungguh supaya faham: Utk ~ puisi itu, ia terpaksa membacanya beberapa kali. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt difahami: Demikianlah kita difahamkan. 3 mengertikan: Ayat itu disusun dgn baik supaya tidak salah ~nya. kefahaman 1 hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2 sesuatu yg difahamkan: ujian ~. pemahaman hal memahami atau memahamkan. sefahaman sama fahamannya; sependapat: Mereka sehaluan dan ~. bersefahaman bersetuju antara satu dgn yg lain; mempunyai fahaman yg sama: Mereka ~ dan hidup dlm aman dan damai. persefahaman hal bersefahaman; persetujuan: Dgn cara berunding, ~ dpt dicapai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faham

Puisi
 

Bapa hendak meniti dahan,
     Dahan patah tebing seberang;
Saja tak pandai harap faham,
     Jangan gelabah disuruh orang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bertelingkah bagai antan di lesung.

Bermaksud :

Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
ส 377 สำเนา [samnau] น salinan สำเนียง [samnia] น loghat สำบัดสำนวน [sambatsamnuan] ก berkias: อย ่ าสำบัดสำนวนนักเดี๋ยวคนอื่ นจะ ไม ่ เข ้ าใจ Jangan suka berkias nanti orang lain tidak faham. สำปะหลัง [sampala] ดู ใน มัน 1 สำปั้น [sampan] น sampan สำเภา [sampau] น jong สำมะโน [sammano:] น banci สำมะโนประชากร [-praca:k:n] น banci penduduk สำรวจ [samruat] ก meninjau: นักศึกษา menceraikan isterinya dua tahun yang lepas. 2 bercerai: สามีภรรยาคู ่ นั้ นได ้ หย ่ าขาดกันเพราะความเข ้ าใจไม ่ ตรงกัน Pasa­ ngan suami isteri itu telah bercerai ke­ rana berselisih faham. หยากไย ่ [ya:kyai] น sarang labah- labah หยาด [ya:t] ดู หยด หยาบ [ya:t] ว 1 (พูด, ขนาด, ผิว) kasar 2 (คำ) kesat หยาม [ya:m] ก menghina
Kamus Thai 2.indb
indb 48 4/15/2008 11:03:21 AM ข 49 เข ้ าใจความรู ้ สึกของลูกเขา Dia cuba me- mahami perasaan anaknya. เข ้ าใจผิด [-caipi  t] ก salah faham: คนจำนวนมากเข ้ าใจผิดเพราะคำชี้ แจงของ เขาคลุมเครือ Ramai orang salah faham kerana penjelasannya kabur. เข ้ าชื่อ [-c:] ก 1 (สน ั บสนุน) menu- runkan tandatangan sokongan 2 (ค ั ดค ้ าน) menurunkan tandatangan bantahan เข ้ าแถว [-tε:w
Kamus Thai 2.indb
Kamus Thai 2.indb 253 4/15/2008 11:09:35 AM ผ 254 ผิง [pi  ] ก berdiang ผิด [pit] ว salah ผิดใจ [-cai] ก bermasam muka, berselisih faham: พรรครัฐบาลผิดใจกับพรรคฝ ่ ายค ้ าน Parti kerajaan bermasam muka de­ ngan parti pembangkang. ผิดตา [-ta:] ว berlainan: เดี๋ยวนี้ เขา ดูสวยผิดตาขึ้ นเยอะ Sekarang dia keliha- tan cantik berlainan. ผิดนัด [-nat] ก

Kembali ke atas