Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : kayu yg lembut di antara kulit dgn teras; teras terunjam, ~ melayang prb penduduk bumiputera akan tetap tinggal di negerinya sedangkan orang asing akan keluar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : bongkah (tanah, batu, dll); ~ besi bongkah besi (besi yg belum ditempa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : ; menggubal membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dll), membentuk dan mengatur (menyusun): jawatankuasa itu telah ~ satu perlembagaan yg baru; terpulanglah kpd kerajaan kelak utk ~ dasar-dasar utk menggalakkan bumiputera dlm perniagaan dan perdagangan; tergubal terbentuk, tercipta, tersusun (peraturan, formula, dll): dgn itu ~lah siri abjad Jawi yg lengkap bagi bahasa Melayu; penggubalan perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggubal;penggubal orang yg menggubal: ~ istilah; ~undang-undang orang yg menggubal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : ; menggubal menyusun undang-undang dgn memilih perkataan-perkataan yg sesuai: Mereka telah ~ perlembagaan itu selama setahun. penggubalan perbuatan atau hal menggubal undang-undang. penggubal orang yg menyusun undang-undang dgn menggunakan perkataan-perkataan yg sesuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : bongkah tanah, batu dsb: ~ besi bongkah besi; besi kasar (yg belum dikerjakan). menggubal mengetuk hujung besi, ribet dsb supaya berbentuk spt bongkah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gubal