Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.zin] | ايذين

Definisi : Ar persetujuan membenarkan (membolehkan), kebenaran (drpd ibu bapa, ketua, dsb), perkenan (Allah): tauke itu belum lagi mendapat ~ utk membuka kedai di sini; dgn ~ Allah; seizin = dgn ~ dgn kebenaran, dgn perkenan; mengizinkan memberi izin, memperkenankan, membenarkan: budak itu tidak diizinkan orang tuanya meninggalkan rumah; kerana masa tidak ~ pekerjaan itu kami tinggalkan dahulu; keizinan kebenaran, keredaan, kerelaan: ia memerintah negeri itu dgn ~ sultan; pengizinan perbuatan mengizinkan (membenarkan); pengizin orang yg memberi izin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.zin] | ايذين

Definisi : pernyataan membenarkan atau merelakan sesuatu: Kami belum mendapat ~ utk membuka kedai itu. mengizinkan memberi izin kpd; membenarkan; menyetujui: Ibunya tidak ~ dia berkahwin dgn orang asing. keizinan hal mendapat izin; kebenaran; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
izin
Kata Terbitan : keizinan, mengizinkan,

Puisi
 

Cik Mahat tukang rumah,
     Cik Ali tukang tingkap;
Minta maaf seisi rumah,
     Minta izin saya cakap.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. สงวนลิขสิทธิ์ ตามกฏหมาย ห ้ ามนำส ่ วนหนึ่ งส

Kembali ke atas