[je.na.yah] | جنايه
Definisi : = perbuatan ~ kejahatan (spt mencuri, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah amanah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan penting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn menggunakan sistem komputer utk mencuri maklumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah; penjenayah orang yg melakukan jenayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[je.na.yah] | جنايه
Definisi : , = perbuatan ~ perbuatan yg jahat (membunuh, mencuri dll) dan salah di sisi undang-undang: Polis berhak menangkap orang-orang yg melakukan ~. penjenayah orang yg melakukan jenayah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)