Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jua.ra] | جوارا

Definisi : 1. pemimpin dan pelerai di gelanggang sabung, juruadu; ~ ayam jurusabung (yg menjaga serta melatih) ayam; 2. orang yg memimpin sesuatu majlis jamuan dll; 3. johan (dlm pertandingan dll): ~ Piala Thomas; ~ anggar johan permainan anggar; ~ bersama pemenang yg menjadi johan bersama dgn pemenang lain (kerana kedua-duanya men­dapat mata dsb yg sama); ~ bertahan = ~ me­nanti orang yg memegang sesuatu ke­johanan dan kini bertanding utk mem­per­tahankan kejohanannya; ~ dikir Kl tukang karut dan tukang lagu dlm dikir barat; 4. ahli dlm sesuatu permainan dll: dia memang ~ fasal pakaian; 5. orang kedua penting dlm persembahan dikir barat yg tugasnya me­mulakan dikir barat dlm keadaan duduk dan diikuti oleh awak-awak; adat ~ kalah menang prb dlm setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi); bersahabat dgn ~, selilit benang bulang tahu juga prb kalau bercampur dgn orang jahat akhirnya kita menjadi jahat pula; menjuarai 1. menjadi juara, menjadi johan: kali terakhir Malaysia ~ Piala Thomas ialah pd tahun 1992 di Kuala Lumpur; 2. mem­perjuangkan (mempertahankan, me­nyo­kong, dsb) dgn sesungguhnya: terlampau ramai ahli politik yg terpaksa ~ kepentingan kaum sendiri; dia pun telah menjadi pengusaha dan pedagang di samping mengaku men­jadi orang politik yg seratus peratus ~ nasib rakyat; kejuaraan 1. kehandalan (dlm sukan dll), keunggulan; 2. pertandingan utk menentukan johan, kejohanan: pasukan Selangor telah memenangi ~ bola sepak Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua.ra] | جوارا

Definisi : ; ikan ~ sj ikan sungai, Pangasuis spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua.ra] | جوارا

Definisi : 1 johan dlm sesuatu pertandingan atau perlawanan: Kugiran Titiwangsa telah menjadi ~ pd tahun 1971. 2 ahli dlm sesuatu bidang: Dia memang ~ dlm hal masak-memasak. 3 pemimpin dan pelerai dlm perjudian (gelanggang menyabung ayam dll). 4 pemimpin dlm sesuatu pesta atau majlis keramaian. kejuaraan 1 pertandingan utk menentukan johan atau juara. 2 kehandalan dlm olahraga; keunggulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
juara (kata nama)
Bersinonim dengan johan, jaguh, pemenang, jago, campian;,
Kata Terbitan : menjuarai, kejuaraan,

Puisi
 

Raja bermadah mandi bersiram,
     Burung merpati terbang sila;
Berapa lama tuah ayam,
     Mati gelanggang bujang juara.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersahabat dengan juara,
     selilit benang bulang tahu juga.

Bermaksud :

Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
อยก ั นขณะเล ่ นฟุตบอล Budak- budak itu bertumbuk sewaktu ber­ main bola sepak. ชกมวย [-muay] ก bertinju: เขาชกมวย เพื่ อชิงตำแหน ่ งแชมป ์ โลก Mereka bertinju untuk merebut gelaran juara dunia. ชง [co] ก menyeduh: คนขายกาแฟชงกาแฟ ลูกยอให ้ ลูกค ้ าดื่ ม Penjual kopi menyeduh serbuk kopi mengkudu bagi pelanggan- pelanggannya minum. ชฎา [cada:] น mahkota ชด [cot] ก menggantikan kerajaan memenangi pilihan raya. 3 me- nang: ในการแข ่ งข ั นคร ั ้ งน ั ้ นทีมไทยชนะ Pasukan Thai menang dalam perlawanan itu. ชนะเลิศ [-l:t] ก menjuarai, menjadi juara: ทีมไทยชนะเลิศการแข ่ งข ั นฟุตบอล อะกรีแบ็งก ์ Pasukan Thai menjuarai perlawanan bola sepak Agri Bank. ชนิด [canit] น jenis: เครื่ องพิมพ ์ ดีดชนิด ดีที่ สุด Mesin taip ini jenis yang
Kamus Thai 2.indb
kumbang เพลี ่ ยงพล ้ ำ [pli  aplam] ก tersi- lap langkah: แชมป ์ เพลี่ ยงพล ้ ำทำให ้ เขาเสีย ตำแหน ่ งแก ่ ผู ้ ท ้ าชิง Juara bertahan itu ter- silap langkah menyebabkan dia tewas di tangan pencabarnya. เพศ [pe:t] น 1 (ชายหรือหญิง) jantina ­ 2 (ความสัมพันธ ์ ) seks เพศชาย [-ca:y] ว lelaki เพศผู ้ [-pu
Kamus Thai 2.indb
ดู กระบวนการ ขบวนรถไฟ [-rotfai] น kereta api ขบวนแห ่ [-hε:] น perarakan: ขบวนแห ่ ถ ้ วย แชมป ์ ฟุตบอลโลกถูกจ ั ดขึ้ นอย ่ างยิ่ งใหญ ่ Pe­ rarakan Piala Juara Bola Sepak Du­ nia diadakan secara besar-be­saran. ขม [kom] ว pahit: ยานี้ ขมมาก Ubat ini sangat pahit. ขมขื่น [-k:n] ว derita ข ่ ม [kom] ก mengawal

Kembali ke atas