Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar.
Bermaksud : Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar).
|