Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.kah] | لڠکه

Definisi : 1. gerak kaki ketika berjalan (ke hadapan atau ke belakang): pasangan suami isteri itu pun berjalan pulang dgn ~ yg berat; 2. jarak di antara dua belah kaki ketika ber­jalan: ada kira-kira lima ~ ia meninggalkan tangga rumah, ia berhenti; 3. cara mengerjakan sesuatu, sesuatu yg dikerjakan, perbuatan: sejak tadi lagi kuketahui dan kuawasi ~nya; 4. awal perbuatan (perjalanan, pekerjaan, dll); ~ baik (buruk) permulaan yg baik (buruk); ~ bendul a) berkahwin dahulu drpd kakak; b) memperisteri adik sedangkan kakaknya belum berkahwin; ~ gelombang dua belas nama gerak dlm pencak silat; ~ kanan mujur; ~ kiri sial (tidak beruntung); ~ surut undur (langkah ke belakang); mengangkat (membuka, mengambil) ~ seribu cabut lari (kerana takut dll); melangkah, berlangkah 1. menggerakkan langkah, mengayunkan langkah, berjalan: ia ~ dua langkah ke hadapan; 2. memulai perjalanan (pelayaran dll): serta mustaid ia pun ~lah dgn tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman; 3. = melangkahi; 4. tidak mengikut susunan, melangkau: dilang­kahnya beberapa perenggan lalu membaca perenggan yg lain; 5. ark melalui, menem­puh: ~ lautan; melangkahi 1. melampaui, melangkaui: ia terus ~ tangga; 2. melanggar, tidak mengikut tatatertib (peraturan dll), menyalahi: per­buatan spt itu dianggap telah ~ adat Melayu; adat bermain pantai itu sudah menjadi adat pusaka yg tak boleh dilangkahi lagi; ~ bendul langkah bendul; ~ laki bermukah (bkn perempuan yg sudah bersuami); melangkahkan 1. menggerakkan langkah, menggerakkan kaki kerana berjalan: dia ~ kakinya mundar-mandir mengelilingi Kota Melaka; 2. memulakan perjalanan atau pelayaran (perahu dll); langkahan hasil perbuatan melangkah: harimau itu berhenti drpd meneruskan ~ kakinya; kelangkahan 1. suami yg isterinya berlaku curang; 2. didahului adiknya berkahwin, kelampauan; 3. Jk dilangkahi atau dilalui; pelangkahan 1. perihal melangkah (me­langkahi, melangkahkan); 2. = pelangkah permulaan sesuatu pekerjaan (pelayaran, tindakan, dll): menurut ilmu ~, ini alamat buruk; pd kali ini, barulah pelangkahnya betul kerana waktu ia sampai, bapanya sudah balik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.kah] | لڠکه

Definisi : 1 gerakan kaki ketika berjalan: Mereka berjalan dgn ~ yg perlahan. 2 jarak antara dua belah kaki ketika berjalan: Dia berundur tiga ~. 3 apa-apa yg dikerjakan; tindakan; perbuatan: Pihak polis sentiasa mengawasi setiap ~ yg dilakukannya. ~ baik (buruk) permulaan yg baik (buruk). ~ bendul ki hal adik berkahwin dahulu sebelum kakak (bkn adik-beradik perempuan). ~ kanan mujur. ~ kiri sial atau tidak beruntung. ~ seribu perbuatan melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut dll. melangkah 1 menggerakkan langkah: Dia berhati-hati ~ supaya tidak terpijak tanah yg becak. 2 memulakan perjalanan, pelayaran dll: Baru saja ia ~ dr rumah, hari pun hujan. melangkahi 1 melakukan sesuatu melebihi yg sepatutnya; melampaui: ~ batas. 2 tidak mematuhi peraturan, nasihat dsb; melanggar (perintah dsb): ~ kakak lebih dahulu berkahwin (ttg adik); ~ suami berlaku curang terhadap suami. melangkahkan 1 menggerakan (kaki) ke depan utk berjalan. 2 memulakan sesuatu perjalanan (pelayaran dsb) dgn upacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langkah (kata nama)
Bersinonim dengan tindakan, perbuatan, ikhtiar, usaha, jalan, cara;,
Kata Terbitan : melangkah, melangkahi,

Peribahasa

Panjang langkah,
     singkat permintaan.

Bermaksud :

Telah sampai ajalnya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
Berpakaian biarlah se­suai de­ ngan masa dan tempat. กาแล็กซี [ka:lεksi  ] น galaksi กาว [ka:u] น gam, perekat, glu ก ้ าว [ka :u] ลน 1 langkah: เขายืน ห ่ างจากห ้ องประชุมประมาณสิบก ้ าว Dia ber- diri kira-kira sepuluh langkah dari de- wan mesyuarat. ก 2 melangkah: ใครก็ตาม ที่ ไม ่ ก ้ าวไปข ้ างหน ้ าจะถ ูกทิ้ งไว ้ ข ้ างหล ั ง Sesiapa yang tidak mahu
Kamus Thai 2.indb
kerjasama Prince of Songkhla University (PSU). Kelahiran kamus ini pada usia DBP dan PSU yang masing-masing menjangkau 50 dan 40 tahun menggambarkan kematangan kedua-dua organisasi ini untuk mengorak langkah bagi menyatukan dua buah negara yang berjiran melalui sesi bengkel perkamusan yang bersifat akademik, dan sekali gus melalui penerbitan kamus ini. Sesungguhnya kelahiran kamus ini sangat bermakna bagi negara Malaysia bagi orang awam khususnya penutur asli bahasa Thai. Dengan adanya kamus ini, penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa Melayu di Thailand dapat ditingkatkan. Saya berharap Bahagian Perkamusan akan mengambil langkah selanjutnya untuk menyusun pula Kamus Melayu-Thai, khusus bagi masyarakat Malaysia yang ingin mempelajari bahasa Thai. Saya percaya impaknya kepada bidang keilmuan dan perdagangan kedua-dua buah negara pastinya cukup
Kamus Thai 2.indb
้ สึกเพลียเพราะ ทำงานหนักมาทั้ งวัน Sompong berasa letih kerana bekerja kuat sepanjang hari. เพลี้ ย [pli  a] น kumbang เพลี ่ ยงพล ้ ำ [pli  aplam] ก tersi- lap langkah: แชมป ์ เพลี่ ยงพล ้ ำทำให ้ เขาเสีย ตำแหน ่ งแก ่ ผู ้ ท ้ าชิง Juara bertahan itu ter- silap langkah menyebabkan dia tewas di tangan pencabarnya. เพศ [pe:t] น 1 (ชายหรือหญิง) jantina ­ 2 (ความสัมพันธ ์ ) seks เพศชาย [-ca:y] ว lelaki เพศผู ้ [-pu:] ว jantan เพศเมีย [-mia] ว
Kamus Thai 2.indb
คนที่ ชอบถ ่ อมตัวจะได ้ รับการยกย ่ อง Orang yang suka merendah diri akan disanjung. ถอย [t:y] ก 1 mengundur: มนัสถอย ห ้ าก ้ าว Manat mengundur lima langkah. 2 berundur: เมื่ อถูกโจมตีอย ่ างหนักข ้ าศึกก็ถอย Apabila diserang bertubi-tubi, tentera lawan pun berundur. 3 meng­undurkan: เขาถอยรถเข้าโรงเก็บรถ Dia mengundurkan keretanya memasuki garaj. ถ ่ อย [ty] ว

Kembali ke atas