Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.réng] | ليريڠ

Definisi : (léréng) 1. permukaan yg di sekeliling barang yg pipih bulat (roda dll); kereta ~ basikal; beca ~ tiga beca roda tiga; 2. permukaan bukit yg senget (miring), sisi gunung: ke ~ gunung itulah anak-anak muda di kampung Hulu Kelang mencari rotan dan atap; lereng-lereng roda kecil pd kaki katil (meja dll); berlereng ark menaiki basikal, berbasikal; melereng 1. berputar atau berpusing (roda dll); 2. senget (tanah dll), landai, miring; lerengan tanah yg melereng (biasanya pd bukit, gunung, dll): mereka telah beberapa kali berpindah-randah dr satu ~ bukit ke ~ bukit yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.réng] | ليريڠ

Definisi : (léréng) Jw corak yg menyerong (pd kain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.réng] | ليريڠ

Definisi : /léréng/ 1 permukaan bukit yg miring atau senget; sisi bukit (gunung): Biasanya pokok teh ditanam di ~-~ bukit. 2 permukaan di keliling benda pipih atau bundar (spt roda). kereta ~ basikal. lereng-lereng roda kecil pd kaki katil, kaki meja dll. melereng 1 landai atau miring (bkn tanah). 2 bergerak berguling-guling (bkn roda). lerengan tanah yg menurun (biasanya pd bukit, gunung dll): ~ bukit itu ditumbuhi semak samun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lereng (kata nama)
Bersinonim dengan sisi, tepi, rusuk;,
Kata Terbitan : melereng,

Peribahasa

Lampai bagai pimping di lereng,
     lemah bagai lenggundi muda.

Bermaksud :

Puji-pujian terhadap perempuan yang bagus potongan tubuhnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
sampai di simpang tiga, kami pun membelok ke kiri. เลี้ยวลด [-lot] ว bengkang-bengkok, berliku-liku: ถนนสายยะลา-เบตงเลี้ ยวลด ไปตามไหล ่ เขา Jalan Yala ke Betong beng­kang-bengkok mengikut lereng bukit. เลือก [lak] ก memilih: ป ้ าลีมะห ์ เลือก เฉพาะปลาสด ๆ ทำกับข ้ าว Mak Limah me­ mi­lih ikan yang segar sahaja untuk di- masak. เล ้ า
Kamus Thai 2.indb
้ อยชัดคำ [-t:y-kam] ว dengan jelas dan terang ชัน 1 [can] น damar, gala ชัน 2 [can] ว curam, tegak: หน ้ าผาภูเขา น ั ้นช ั นเหลือเกิน Lereng bukit itu curam sekali. ชั ้ น [can] น 1 rak: หน ั งส ื อเหล ่ าน ั ้ นวางไว ้ อย ่ างเป็นระเบียบบนช ั ้ นหน ั งส

Kembali ke atas