Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luang] | لواڠ

Definisi : 1. ruang yg kosong, kelapangan, lowong; 2. kekosongan pekerjaan, lowong: ~ dan lubang kerja cukup banyak; 3. kesempatan (baik): kalau ada ~ saya akan pergi ke rumah awak; meluangkan mengosongkan (tempat dll), melapangkan (masa dll): walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa utk kanak-kanak; terluang 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya; keluangan kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik yg diceburi; peluang kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luang] | لواڠ

Definisi : Jk; meluang berasa tidak sedap badan, berasa hendak demam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luang] | لواڠ

Definisi : reda (ribut, angin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luang] | لواڠ

Definisi : 1 ruang yg kosong; kelapangan (tempat atau waktu): Orang terlalu banyak sehingga utk berdiri pun tidak ada ~ lagi. 2 kekosongan jawatan (tenaga pekerja). meluangkan mengosongkan tempat dll; melapangkan masa dll: Dia selalu ~ masa utk mengajar anaknya. terluang 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. peluang kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luang
Kata Terbitan : meluangkan, terluang, keluangan, peluang,