[mo.tor] | موتور
Definisi : 1. alat yg menukar satu bentuk tenaga menjadi tenaga mekanikal utk menghasilkan gerakan; ~ sangkut = ~ tempel Id enjin yg dilekatkan di buritan perahu (utk menggerakkan perahu); 2. bp (sesuatu) yg dijalankan dgn motor; perahu ~ motobot; sepeda ~ Id motosikal; 3. Id motokar, kereta; bermotor 1. Id menaiki motokar atau motosikal; 2. dilengkapi motor, memakai motor: basikal ~; permotoran hal (kegiatan, sukan dsb) yg berkaitan dgn kenderaan bermotor: kegiatan di litar itu akan ditingkatkan dgn pelbagai bentuk sukan ~ spt perlumbaan go-kart dan kereta; kemajuan Proton yg menjadi pe-mangkin industri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mo.tor] | موتور
Definisi : 1 mesin yg dpt mengeluarkan tenaga utk menggerakkan sesuatu. 2 sesuatu yg dijalankan dgn motor 1: perahu ~ motobot. bermotor dilengkapi motor; ada motornya. permotoran hal, kegiatan dsb yg berkaitan dgn kenderaan bermotor: Kemajuan Proton menjadi pemangkin industri ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)