Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[niat] | نية

Definisi : 1. maksud atau tujuan sesuatu perbuatan: mematikan orang sakit dgn ~ hendak menamatkan penderitaannya ialah suatu kesalahan; 2. ingatan (dlm hati): ~ kita hendak ke Kampar; ~ baik maksud yg baik; ~ hati tujuan (kehendak) hati; 3. janji (dlm hati) utk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yg dihajati, kaul, nazar; melepas ~ membayar nazar; berniat 1. bertujuan (akan), bermaksud (akan): aku pun tidak ~ lagi hendak pulang ke rumahmu; 2. berjanji (akan), berkaul, bernazar: beta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati; berniat-niat berharap-harap supaya, meng­harapkan benar; meniatkan 1. mengharapkan, me­maksud­kan: niat itu hendaklah diniatkan dlm hati; 2. menjanjikan utk melakukan sesuatu (se­telah sampai hajat dll), mengaulkan, me­nazarkan; 3. Mn berdoa utk memohon se­suatu, mengharapkan; terniat telah diniatkan, datang niat, ter­maksud: Nahidah tidak ~ hendak meng­khabarkannya; niatan niat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[niat] | نية

Definisi : 1 maksud atau tujuan melakukan sesuatu; hajat; kehendak: Wahai tuanku yg bangsawan, patik tahu akan ~ tuanku memanggil patik pulang. 2 janji utk berbuat sesuatu jika tercapai hajat; kaul; nazar. berniat 1 bermaksud; bertujuan: Aku pun tidak ~ hendak pulang ke rumahmu lagi. 2 berjanji akan berbuat sesuatu jika tercapai hajat; bernazar; berkaul: Dia ~ akan berpuasa seminggu jika ia lulus dlm peperiksaan itu. meniatkan 1 menyimpan sesuatu sbg niat (di hati); memaksudkan. 2 menjadikan sesuatu sbg niat; menjan­jikan sesuatu (utk melakukan sesuatu setelah tercapai hajat dll); menazarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niat (kata nama)
1. Bersinonim dengan maksud: tujuan, ingat di hati, hajat, hasrat, kemahuan, keinginan, kehendak, cita-cita, fikiran, harapan, jangkaan, cadangan, nazar,

2. Bersinonim dengan janji dalam hati: kaul, nazar, tekad, ikrar, azam,

Kata Terbitan : berniat, berniat-niat, meniatkan, terniat,

Puisi
 

Naik bukit pergi Asahan,
     Bayar niat mudah-mudahan;
Sungguhpun songket kain pilihan,
     Tapi tak boleh buat basahan.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing temenung,
     sudah terpancing ikan setoka.

Bermaksud :

Lain yang dihajati, lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
] น sikap: นักท ่ องเที่ ยว ส ่ วนใหญ ่ มีเจตคติที่ เป็นบวกต ่ อประเทศไทย Ke­ banyakan pelancong mempunyai sikap yang positif terhadap negara Thai. เจตจำนง [ce:tcamno] น hasrat, niat: คณะรัฐมนตรีมีเจตจำนงที่ จะแก ้ ปัญหาเศรษฐกิจ ของชาติ Kabinet mempunyai hasrat un­ tuk menyelesaikan masalah ekonomi negara. เจตนา [ce:ttana:] น 1 niat: ประชาชน สนับสนุนรัฐบาลที่มีเจตนาขจัดความยากจน Rakyat menyokong kerajaan yang mem­ punyai niat untuk membasmi kemiski­ nan. ก 2 berniat: เขาเจตนาที่ จะช ่ วยเหลือ การศ ึ กษาของเด็กยากจน Dia berniat untuk membantu pendidikan kanak-kanak
Kamus Thai 2.indb
kepada semua pihak yang terlibat, sama ada pihak DBP mahu pun PSU yang berusaha merealisasikan memorandum persefahaman DBP-PSU sehingga matlamatnya tercapai. Jutaan terima kasih ditujukan khusus kepada DBP atas niat murni dan segala sumbangan yang dihulurkan. Tanpa kesungguhan DBP dan ketabahan serta ketekunan penyusun menghadiri setiap bengkel Kamus Thai-Melayu yang dijalankan sejak tahun 2001, tentu sekali hasil yang sangat

Kembali ke atas