Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sudah hamba diperhamba pula.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(122)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
penutur asli bahasa Thai. Dengan adanya kamus ini, penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa Melayu di Thailand dapat ditingkatkan. Saya berharap Bahagian Perkamusan akan mengambil langkah selanjutnya untuk menyusun pula Kamus Melayu-Thai, khusus bagi masyarakat Malaysia yang ingin mempelajari bahasa Thai. Saya percaya impaknya kepada bidang keilmuan dan perdagangan kedua-dua buah negara pastinya cukup besar. PRAKATA Kamus Thai lagi, kamus ini lahir sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia. Petugas dan penyusun kamus yang silih berganti, sedikit pun tidak melunturkan semangat untuk kami menyiapkan kamus ini. Masalah penaipan pula dapat diatasi dengan adanya kerjasama pelbagai pihak sehingga akhirnya kamus ini dapat menemui para penggunanya mengikut perancangan. Seperti yang lazim berlaku dalam penyusunan kamus dwibahasa, masalah anisomorfisme antara bahasa sumber
Kamus Thai 2.indb
bertambah buruk lagi: เป็นเหยื่ อสึนามิก็ลำบากมากพอแล ้ วซ ้ ำร ้ าย เต็นท์ที่ อาศัยยังถูกไฟไหม ้ เส ี ยอีก Sudahlah menderita kerana menjadi mangsa tsunami, bertambah buruk lagi khe­ mah perlindungan terbakar pula. ซิ [si] -lah ซี [si:] ดู ซิ ซิกแซ็ก [si  ksεk] ว zigzag ซิการ ์ [sika:] น cerut ซิ่ น [si  n] น kain sarung wanita, kain batik ซินแส

Kembali ke atas