[rim.ba] | ريمبا
Definisi : hutan besar (yg belum pernah dibuka manusia); hutan ~ berbagai-bagai hutan; ~ dara rimba (hutan) yg masih terpelihara spt keadaannya yg asli (tidak terganggu oleh kerja-kerja pembangunan dsb); ~ raya (belantara) hutan yg sangat besar; merimba menjadi rimba, spt rimba: jelatang yg ~ kecil di tepi tubir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[rim.ba] | ريمبا
Definisi : kawasan luas yg ditumbuhi pokok-pokok dan belum pernah dibuka orang; hutan ~ hutan yg luas dan besar; hutan belantara; ~ raya rimba yg sangat luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)