Definisi : 1. berdiri bulu roma (kerana ketakutan dll), meremang: kecutlah hati dan ~lah bulu romanya tatkala tiba-tiba terlintas di dlm ingatannya bahaya yg mungkin datang; 2. berasa berkerut dan senyar kulit tubuh (kerana kecemasan atau ketakutan): hutan-hutan di sini agak asing untuknya, dia berasa agak ~ juga; 3. tampak menakutkan (rupa yg bengis, kejam, dll): di mana-mana terdapat slogan yg ~, berapi-api dan pedas; nampak ~ muka-nya; ~ sejuk a) berasa sejuk dan berdiri bulu roma kerana ketakutan, ngeri dsb; b) berasa sejuk spt hendak demam; menyeramkan menjadikan seram, menakut-kan, mengerikan: “Tolong!” pekiknya dgn suara yg ~; keseraman perihal (keadaan atau rasa) seram: dia tersentak juga, tetapi cuba menyem-bunyikan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)