Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.kut] | تاکوت

Definisi : = ~ akan (pd) 1. gentar (gerun, ngeri) meng­hadapi sesuatu yg dianggap boleh mem­bahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sang­gup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat ter­peluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; di­genggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kut] | تاکوت

Definisi : 1 tidak berani menghadapi sesuatu yg pd perasaannya akan membahaya­kan diri dll: Kanak-kanak ~ akan hantu. 2 berasa bimbang atau ragu-ragu; gelisah; khuatir: Saya ~ kalau-kalau saya gagal dlm peperiksaan. 3 berasa segan dan hormat; takwa: ~lah kamu akan Allah. takut-takut agak takut; sentiasa takut: ~ berani agak takut dan agak berani. menakuti menaruh rasa hormat ter­hadap; berasa takut akan; menyegani: Orang ramai ~ beliau di kampung ini. menakutkan 1 menyebabkan berasa takut; menggerunkan: Kemalangan itu sungguh dahsyat dan ~. 2 menjadikan orang takut akan (kpd); menimbulkan atau menerbitkan rasa takut kpd: Kamu terlalu suka ~ dia dgn yg bukan-bukan. Hukuman itu telah ~ orang lain drpd melakukan kesalahan yg spt itu. ketakutan 1 keadaan takut: Semua rakyat di negeri itu hidup dlm ~. 2 perasa­an takut (gelisah, hormat, segan dsb); kegelisahan; kebimbangan; keseganan. 3 menderita takut; dlm keadaan takut: Anak itu ~ setelah menonton filem yg mengerikan. penakut orang yg mudah berasa takut; pengecut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat,
Berantonim dengan berani

2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati,
Berantonim dengan senang hati

3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut,

Puisi
 

Saya takut kerbau di ladang,
     Yang muda garang sekali;
Saya takut jalan seorang,
     Badan muda langsung sekali.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Takut titik lalu tumpah.

Bermaksud :

Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai).

 

Lihat selanjutnya...(53)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
Pak Cik Thong mencantas ran­ ting pokok bunga raya dengan parang. ร ่ าน [ra:n] ก gatal, miang: ผู ้ หญิงร ่ าน ไม ่ กลัวถูกนินทา Perempuan gatal tidak takut dicaci. ร ้ าน [ra:n] น kedai ร ้ านกาแฟ [-ka:fε:] น kedai kopi ร ้ านขายยา [-ka:yya:] น kedai ubat ร ้ านชำ [-cam] น kedai bergaul dengan sesiapa pun. สุจริต [sutcarit] ว jujur: ถ ้ าคุณเป็นคน สุจริตก ็ จงอย ่ ากลัวอะไรท ั ้งสิ้ น Jika anda se- orang yang jujur, anda tidak perlu be- rasa takut. สุญญากาศ [sunya:ka:t] น vakum สุด [sut] ก berakhir: ถนนนี้ สุดสายที่ เขตแดน Lebuh raya ini berakhir di sempadan. สุดกำลัง [-kamla] ว sekuat-kuatnya: เขาหวีดร ้ องอย ่ างสุดกำล ั
Kamus Thai 2.indb
Jiran saya suka bercakap dolak-dalik. กลับกลาย [-kla:y] ก berubah menjadi, bertukar menjadi: จากตำรวจเขากล ั บกลาย เป็นอาชญากร Dari seorang pegawai po- lis dia berubah menjadi penjenayah. กลัว [klua] ก takut: ฉ ั นไม ่ กล ั วผี Saya tidak takut akan hantu. กล ้ า 1 [kla:] น semaian กลวง กล ้ า Kamus Thai 2.indb 15 4/15/2008 11:03:02 AM ก 16 กล ้ า
Kamus Thai 2.indb
di tiga wilayah sempadan selatan Thai ke wilayah lain. 2 berpindah: พวกเขาโยกย ้ ายไปที่ อื่ น เพราะกลัวการก ่ อการร ้ าย Me­re­ ka ber- pindah ke tempat lain kerana takut akan keganasan. โยกเยก [-ye:k] ก bergoyang-goyang: กระท ่ อมหลังนั้ นโยกเยกเมื่ อถูกพายุพัด Pon- dok usang itu bergoyang-goyang apabila ditiup angin kencang. โยกโย ้ [-yo:] ก berdolak-dalih, ber
Kamus Thai 2.indb
ngan pujuk rayu supaya anak perem­ puannya menerima pinangan lelaki itu. ตะลีตะลาน [tali:tala:n] ว gopoh- gapah: พวกเขาตะลีตะลานไปยังสถานีเพราะ กลัวไม ่ ทันรถไฟ Mereka pergi ke stesen dengan gopoh-gapah kerana takut ke­ tinggalan kereta api. ตะลึง [tal] ก tergamam: เขาตะลึงเมื่ อ นางสาวไทยชวนเขาเต ้ นรำ Dia tergamam apa­bila ratu cantik Thailand menga­ jaknya menari. ตะลุมบอน [talumb:n] ก beramuk- amukan: นักเลงสองพวกนั

Kembali ke atas