Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.mat] | تمت

Definisi : 1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayat­nya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana cara­nya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. men­jadi­kan tamat, menghabiskan, menye­lesai­kan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ija­zah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; ada­kalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn mem­berhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.mat] | تمت

Definisi : 1 sudah dibaca, diceritakan dll hingga ke akhir: Buku itu sudah ~ dibacanya. 2 berakhir; selesai; habis: Lebih kurang pukul enam petang, barulah temasya sukan itu ~. ~ belajar (persekolahan) sudah menempuh semua tingkatan dlm sekolah; sudah selesai pelajarannya. ~ riwayat sudah mati. menamatkan 1 membaca, menceritakan dll hingga ke akhir: Bagaimanakah cara yg baik hendak ~ cerita ini? 2 menjadikan tamat; menghabiskan; menyudahkan: Kerana selalu sakit-sakit, dia terpaksa ~ perkhidmatannya. tamatan yg sudah tamat belajar di (sekolah, maktab dsb); lulusan: ~ maktab perguruan. pe­namatan perbuatan atau hal me­namatkan: ~ perkhidmatannya adalah atas sebab kesihatan. penamat yg ter­akhir; yg penghabisan; penutup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamat (kata kerja)
Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;,
Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat,

Puisi
 

Tuan menjaja Qurªan Istanbul,
     Lambat tamat dipelajari;
Kalau tuan berjanji betul,
     Dilucut akan cincin di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
้ จัดการธนาคารแห ่ งนั้ น Anak le­ lakinya memohon untuk menjadi pe­ ngu­rus bank. สมัครงาน [-a:n] ก memohon kerja: นักศึกษาจำนวนมากสมัครงานแล ้ วหลังจาก จบการศึกษา Ramai pelajar memohon kerja setelah tamat belajar. สมัครใจ [-cai] ก bersukarela: พวกเขา สมัครใจช ่ วยงานก ่ อสร ้ างอาคารสภาตำบล Me­re­ka bersukarela menolong kerja- kerja pembinaan dewan kampung. สมัครพรรคพวก [-pakpuak] น anak buah: สมาชิกสภาผู ้ เป็นผู ้ เล ่ นสำรองทีมฟุตบอลชาติไทย Mereka adalah pemain simpanan pasukan bola sepak Thai. สำรับ [samrap] น hidangan สำราญ [samra:n] ก bersuka ria, ber­ gembira สำเร็จ [samret] ก 1 (การศึกษา) tamat: เขาสำเร ็ จการศึกษาปริญญาตรีเมื่ ออายุ 22 ปี Dia sudah tamat pengajian peringkat ijazah pertama pada usia 22 tahun. ว 2 berjaya: รัฐบาลแก ้ ปัญหาเงินเฟ ้ อได ้ สำเร ็ จ Kerajaan
Kamus Thai 2.indb
1 [cop] ลน kali: ลูกชายฉันอ ่ านบทขอพร สามจบก ่ อนจะออกจากบ ้ าน Anak lelaki saya membaca doa selamat tiga kali sebe­ lum keluar dari rumah. จบ 2 [cop] ก 1 tamat, berakhir: งานจบลง ด ้ วยการอ ่ านบทขอพร Majlis ta­mat de­ngan bacaan doa selamat. 2 mengakhi­ri: เขาจบ การเจรจาด ้ วยการเลี้ ยงอาหารว ่ าง Dia menga­ khiri perundingan itu
Kamus Thai 2.indb
2008 11:03:16 AM ข 41 putus kerana arus yang kuat. 3 kurang, tidak cukup: หน ั งสือเล ่ มนี้ ขาดไปสองหน ้ า Buku ini kurang dua halaman. 4 tamat tempoh: ใบข ั บขี่ ของฉ ั นย ั งไม ่ ขาดอายุ Lesen memandu saya belum tamat tempoh. 5 (ไม ่ มาตามกำหนด) tidak menghadiri: เขาขาดประชุมเพราะติดธุระอื่ น Dia tidak menghadiri mesyuarat kerana ada urusan lain. ขาดก ั น [-kan] ก terputus: ความส ั มพ ั นธ ์ ของพวกเขาได

Kembali ke atas