[té.lé.gram] | تيليݢرم
Definisi : (télégram) berita (perkhabaran) yg dihantar dgn telegraf, berita kawat: ~ itu menyatakan suaminya baru sahaja meninggal dunia; menelegram menghantar berita dgn telegraf, mengetuk kawat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[té.lé.gram] | تيليݢرم
Definisi : /télégram/ berita yg dihantar dgn kawat atau dgn wayarles: ~ yg diterimanya itu menyatakan bahawa bapanya sedang sakit. bertelegram berhubung dgn menghatar telegram: Mereka tidak bertemu, cuma ~. menelegram menghantar telegram kpd: Dia ~ anaknya utk memberitahukan kematian tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)