Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ca.pai] | ترچاڤاي

Definisi : (sudah) dicapai, sudah sampai (ke), sudah sampai (maksud), terlaksana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ca.pai] | ترچاڤاي

Definisi : 1 dpt dicapai: Tidak ~ olehnya buah di hujung dahan itu. 2 sudah sampai atau berjaya mendapat (sesuatu maksud dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercapai

Puisi
 

Apa direndam dalam bijana,
     Kain sutera hendak disidai;
Siang malam termenung merana,
     Kerana cinta tidak tercapai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sebelum tercapai pantang surut.

Bermaksud :

Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(40)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
yang setinggi-tingginya. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, sama ada pihak DBP mahu pun PSU yang berusaha merealisasikan memorandum persefahaman DBP-PSU sehingga matlamatnya tercapai. Jutaan terima kasih ditujukan khusus kepada DBP atas niat murni dan segala sumbangan yang dihulurkan. Tanpa kesungguhan DBP dan ketabahan serta ketekunan penyusun menghadiri setiap bengkel Kamus Thai-Melayu yang

Kembali ke atas