Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang menjalar yg tidak berkaki dan kulitnya bersisik (ada yg berbisa dan ada yg tidak); ~ belerang sj ular laut yg berbisa, Pelamis plat-urus; ~ cincin emas sj ular, Boiga dendrophila; ~ cindai sl sj ular; ~ kapak bakau sj ular, Trimeresurus purpureomaculatus; ~ katam tebu sj ular, Bungarus fasciatus; ~ kepala aruan sj ular, Xenopeltis unicolor; ~ kepala dua a) sj ular, Cylindrophis rufus; b) ki orang yg munafik; ~ lidi = ~ tambang sj ular yg kecil dan berbisa, Ahaetulla ahaetulla; ~ matahari sj ular, Mati-cora intestinalis; ~ minum = ~ mengiang Mn = ~ danu Kd pelangi; ~ sawa sj ular, Python reticulatus; ~ selimpat = ~ laut biasa sj ular, Enhydrina schistosa; ~ sinar matahari = ~ matahari biru sj ular, Maticora bivirgata; ~ tedung sj ular, Naja naja; ~ tedung abu (selar) sj ular, Ophiophagus hannah; ~ bukan, ikan pun bukan prb seseorang yg tidak dapat ditentukan jahat atau baiknya; ~ kepala dua = sekerat ~ sekerat belut prb orang yg tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah pendirian dsb), orang yg munafik; ~ dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipala jangan lembang = spt memalu ~ dlm benih, ~ jangan mati, benih jangan rosak prb menyelesaikan sesuatu perkara (menghukum atau memperdamaikan orang) hendaklah dgn seadil-adilnya; bagai ~ dgn legundi prb perihal seseorang muda yg sangat lekat hatinya pd kekasihnya; bagai ~ dgn orang prb perihal dua orang bersaudara yg tiada mahu berkenalan; biar ~ mati dan kayu tiada patah prb binasakanlah musuh dgn tidak merosakkan diri sendiri; jika ~ menyusur akar, tiada akan hilang bisanya prb orang besar dan mulia itu, tidak hilang martabatnya jika dia merendahkan diri sekalipun; kerosok ~ si rumpun bambu prb jangan takut akan ancaman orang; macam ~ kekenyangan prb perihal seseorang yg buncit perutnya dan kerana itu jalannya tidak betul; melangkahi ~ prb melakukan sesuatu yg sangat berbahaya; naga ditelan ~ lidi prb anak orang bangsawan berkahwin dgn orang kebanyakan; spt ~ kena palu = cengkeling bagai ~ dipukul prb a) geliang-geliut kerana kesakitan dan marah; b) bengkang-bengkok tidak beraturan (spt jalan atau jahitan yg tidak lurus); sudah tampak kaki ~ prb telah diketahui tingkah laku sese-orang yg buruk (yg dahulunya tidak diketahui); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbagai-bagai jenis binatang menjalar yg tidak berkaki dan badannya bersisik (ada yg berbisa dan ada yg tidak). ~ kapak Trimeresurus wagleri. ~ katam tebu Bungarus fasciatus. ~ kepala dua a. nama sj ular, Cylindrophis rufus. b. ki orang yg bermuka dua; orang yg munafik. ~ lidi nama sj ular kecil tetapi berbisa, Ahaetulla ahaetulla. ~ sawa Phyton reticulatus. ~ tedung Naja naja. ular-ular tiruan ular; secarik kain dsb yg panjang. ular-ularan tegang atau kejang pd urat betis dll. mengular 1 berbentuk bengkang-bengkok atau berkelok-kelok spt ular: Jalan di kawasan pergunungan itu ~. 2 memanjang spt ular: Barisan penonton yg ingin memasuki auditorium itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ular I

Puisi
 

Ular lidi di pohon binjai,
     Mari terlanggar gugur ke tanah;
Biar sejari kain cindai,
     Banyak berkodi apa gunanya.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar.

Bermaksud :

Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya, b. Ular menyusur akar).

 

Lihat selanjutnya...(57)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
di tiga wilayah Selatan Thai. จงรักภักดี [-rakpakdi:] ก taat setia: ประชาชนต ้ องจงรักภักดีต ่ อแผ ่ นดินเกิด Rakyat mesti taat setia terhadap tanah tum­ pah darahnya. จงอาง [coa:] น ular tedung selar จด 1 [cot] ก 1 bersempadan dengan: ภาคเหนือของประเทศไทยจดกับประเทศลาวและ พม ่ าที่ จังหวัดเชียงราย Bahagian Utara Ne­ gara Thai bersempadan dengan Laos dan Myanmar di wilayah Chiangrai. 2 sampai: ระยะทางจากเหนือจดใต ้
Kamus Thai 2.indb
tasapa:] น parlimen รัด [rat] ก 1 merajut, menjerut: หลังจากบรรจุ ข ้ าวเปลือกได ้ สิบกำเขาก็รัดปากกระสอบ Se­ telah mengisi sepuluh gemal padi, dia pun merajut mulut guni. 2 mengeratkan, mengejapkan: งูเหลือมรัดลูกแพะจนตาย Ular sawa mengeratkan belitannya sehingga anak kambing itu mati. รั้น [ran] ดู ดื ้ อ รันทด [rantot] ว sedih: ครูกำลังเล ่ าชีวิต รันทดของปู่เย็น Cikgu sedang mencerita- kan kisah sedih kehidupan Datuk Yen
Kamus Thai 2.indb
ำ [kranam] ว bertubi-tubi: ชาวนา คนน ั ้ นใช ้ ไม ้ ไผ ่ กระหน ่ ำตีงูเห ่ าต ั วเขื่ องน ั ้ นจนตาย Pesawah memukul bertubi-tubi ular senduk yang besar itu sehingga mati dengan menggunakan buluh. กระหม ่ อม 1 [kram:m] น ubun-ubun กระหม ่ อม 2 [kram:m] ส (ชาย) patik กระหยิ ่ ม [krayi
Kamus Thai 2.indb
ผ 256 แผ ่ หางของมัน Burung merpati itu me­ ngembangkan ekornya. แผ ่ ซ ่ าน [-sa:n] ก menyerap: พิษงูแผ ่ ซ ่ าน ไปทั่ วร ่ างกาย Bisa ular menyerap ke se- luruh badan. แผงลอย [pε:l:y] น gerai แผด [pε:t] ก meninggikan suara แผน [pε:n] น rancangan = แผนการ แผนการ [-ka:n] ดู แผน แผนงาน [-a:n

Kembali ke atas