Definisi : sl suruhan, wakil: adik Bendahara Paduka Raja, dititahkan Sultan Mansur Shah ~ ke benua China; berutus berkirim surat (berita, khabar): lama kita tidak ~; berutus-utusan saling berkirim surat, (berita, khabar, dll): sentiasalah ~ antara satu sama lain; mengutus 1. menyuruh orang pergi (sbg ganti atau wakil diri), menghantar wakil (orang suruhan dll): dlm tahun 1925, dia diutus Muhammadiah ke Sumatera Barat; 2. mengirim (surat dll), menghantar: mereka tidak pernah ~ surat; setinggi terima kasih kpd tuan kerana ~ kawat kpd saya; utusan orang (kumpulan orang) yg diutus, suruhan, wakil: keempat-empat negeri itu ada menyuruh ~ ke negeri Siam; perutusan 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya; pengutusan perihal (perbuatan dsb) mengutus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)