nyahpecutan | deceleration | Penyusutan halaju terhadap masa. | Menengah Atas |
hukum segi tiga | triangle law | Hukum yang menyatakan bahawa jika dua vektor dan vektor , diwakili oleh dua sisi segi tiga dari magnitud dan arah maka hasil tambah vektor dan vektor diwakili oleh vektor , iaitu sisi ketiga segi tiga tersebut. Arah dan mestilah berterusan. | Menengah Atas |
normal kepada satah | normal to a plane | Perihal garis yang serenjang atau bersudut tegak dengan satah yang berkenaan. Lihat Contoh | Menengah Atas |
normal kepada lengkung | normal to a curve | Perihal garis yang serenjang dengan tangen pada titik yang berkenaan. Lihat rajah | Menengah Atas |
nombor tak nisbah | irrational number | Nombor yang tidak dapat dinyatakan sebagai hasil bahagi dua integer. Bahagian perpuluhan nombor ini tak terhingga dan tidak berulang. | Menengah Atas |
nombor segi tiga | triangular number | Nombor 1, 3, 6, 10, … merupakan nombor segi tiga kerana nombor-nombor tersebut merujuk kepada bilangan titik-titik yang disusun untuk membentuk segi tiga. Lihat rajah | Menengah Atas |
nombor positif | positive number | Nombor yang nilainya lebih besar daripada sifar. Contohnya, 0.5, 1, dan 2. | Menengah Atas |
nombor perdana | prime number | Nombor asli yang hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1 sahaja. 1 bukan nombor perdana. Contohnya, 2, 3, 5, 7, 11, 13, ... | Menengah Atas |
nombor ordinal | ordinal number | Nombor yang menunjukkan kedudukan atau tertib. Contohnya, pertama, kedua, kesepuluh dan sebagainya. Hanya nombor bulat sahaja digunakan untuk melambangkan kedudukan tersebut. | Menengah Atas |
nombor nyata | real number | Sebarang nombor nisbah dan tak nisbah kecuali nombor kompleks. | Menengah Atas |