Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lai.nan] | برلاءينن

Definisi : tidak sama, berbeza, berbagai-bagai (gaya, corak, dll): aku nampak ayahmu itu bersikap ~ drpd sehari-hari; cakap mereka berlain-lainan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lai.nan] | برلاءينن

Definisi : berbagai-bagai (gaya, corak rupa dll): Mereka itu bersaudara tetapi ~ ibu. Apabila disoal, mereka telah memberikan jawapan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlainan

Peribahasa

Orang mencubit,
     kita menampar.

Bermaksud :

Berlainan perbuatan tetapi akibatnya sama merasa.

 

Lihat selanjutnya...(14)

381

So many men, so many opinions.

Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan.

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached.

Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam , saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hukum kalis agihandistributive lawHukum yang menyatakan bahawa hasil proses yang melibatkan dua operasi yang dijalankan dengan cara yang berlainan adalah sama. Contohnya, 4(3+5) = (4 × 3) + (4 × 5).Menengah Atas
hukum kalis agihandistributive lawHukum yang menyatakan bahawa hasil proses yang melibatkan dua operasi yang dijalankan dalam cara yang berlainan adalah sama. Contohnya, 4(3 + 5) = (4 × 3) + (4 × 5).Menengah Rendah

Kembali ke atas