Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.si.lang] | برسيلڠ

Definisi : 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, moto­kar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.si.lang] | برسيلڠ

Definisi : yg satu melin­tangi yg lain keadaannya; berbentuk spt bentuk tanda campur atau tanda darab: Dia memakai lencana dua bilah keris ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silang
Kata Terbitan : bersilang, menyilangkan, persilangan,

Puisi
 

Ari-ari di balik rumah,
     Akarnya bersilang-silang;
Anak dara duduk di rumah,
     Janda juga dengan terbilang.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sudut berselang-selialternate anglesDua sudut yang terbentuk apabila satu garis bersilang dengan dua garisan yang lain, pada sebelah yang bertentangan dengan garis mengufuk dan bertentangan antara satu sama lain. Jika kedua-dua garisan yang bersilang selari, sudut berselang-seli akan mempunyai darjah yang sama. Lihat ContohMenengah Rendah
garis bersilangintersecting linesGaris-garis yang melintasi atau memotong antara satu sama lain pada satu titik pertemuan. Lihat rajahMenengah Atas
garis bersilangintersecting linesGaris-garis yang melepasi satu sama lain pada satu titik pertemuan. Lihat ContohMenengah Rendah
silangintersectDua garis dikatakan bersilang apabila melepasi atau bertemu antara satu sama lain pada satu titik.Menengah Rendah
rentasan lintangtransversalGaris yang bersilang dengan dua garis atau lebih.Menengah Rendah
serenjangperpendicularPerihal dua garis lurus yang bersilang pada sudut tegak.Menengah Atas
garis serenjangperpendicular linesGaris lurus yang bersilang antara satu sama lain pada sudut tegak. Lihat rajahMenengah Atas
garis seiringconcurrent linesGaris-garis yang bersilang pada titik yang sama. Lihat ContohMenengah Rendah
garis rentas lintangtransversal lineGaris yang bersilang dengan dua garis atau lebih. Lihat ContohMenengah Rendah
garis serenjangperpendicular linesGaris lurus yang bertemu atau bersilang dengan satu garis lurus tertentu pada sudut tegak. Lihat ContohMenengah Rendah
123

Kembali ke atas