Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.di] | منجادي

Definisi : 1 dipilih atau diangkat sbg; bekerja atau bertindak sbg: Ia ~ juruacara pd malam itu. 2 berubah kpd rupa (keadaan, bentuk dll) yg lain: Dgn galakan itu, ia ~ lebih rajin sekarang. 3 hidup (tumbuh) dgn suburnya; mendatangkan hasil yg banyak: Sawahnya ~ tahun ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Burung disebut si burung merak,
     Menjadi ratu istana rimba;
Untung sabut timbul nampak,
     Untung batu tenggelam hamba.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Menjadi landasan pagi dan petang.

Bermaksud :

Orang yang hidup memburuh.

 

Lihat selanjutnya...(146)

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(80)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
merosotdecreaseMenjadi berkurangan, menurun atau semakin sedikit.Sekolah Rendah
tokokincreasePerubahan sesuatu menjadi lebih besar dari segi saiz, amaun atau nilai.Menengah Atas
paksi pantulanreflection axisGaris yang menjadi paksi pembalikan titik-titik objek pada sesuatu satah dan menghasilkan imej pada sisi yang bertentangan.Menengah Rendah
titik tak berubahinvariant point1. Titik yang menjadi nilai kepada titik itu sendiri berdasarkan fungsinya. 2. Titik yang kekal sama kedudukannya selepas proses penjelmaan.Menengah Atas
pusat pembesarancentre of enlargementTitik tetap yang menjadi punca unjuran sesuatu imej. Lihat ContohMenengah Rendah
pemboleh ubah bersandardependent variablePemboleh ubah yang menjadi perkara rumus. Contohnya, P = 4x dengan P ialah pemboleh ubah bersandar.Menengah Rendah
paksi koordinatcoordinate axisDua garis yang serenjang, yang menjadi rujukan kepada kedudukan setiap titik dalam satah. Dengan itu, sistem koordinat Cartes terbentuk.Menengah Rendah
set semestauniversal setSet yang mengandungi semua unsur yang menjadi bahan perbincangan bagi suatu masalah matematik. Contohnya, dalam masalah yang melibatkan hanya nombor asli, set semestanya terdiri daripada set nombor asli {1, 2, 3, 4, . . .}. Simbolnya ialah epsilon, ε atau x.Menengah Atas
songsang sisilaterally invertedPerihal imej cermin yang sebelah kanan objek menjadi sebelah kiri imej dan sebaliknya. Lihat ContohMenengah Rendah
sifarzero1. Nombor yang digunakan untuk menunjukkan keadaan tiada kuantiti. 2. Titik pada sebarang skala yang menjadi pemisah bagi unit positif dan unit negatif pada arah yang bertentangan. Simbol 0.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas