Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pris.ma] | ڤريسما

Definisi : 1. hablur yg mempunyai tiga atau lebih permukaan yg selari dgn paksi hablur dan digunakan dlm peralatan optik spt teropong dan periskop; 2. (Mat) polihedron atau blok geometri yg dibatasi oleh sekurang-kurangnya dua permukaan bersegi atau poligon yg selari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pris.ma] | ڤريسما

Definisi : ist 1 benda padu yg kedua-dua hujungnya mempunyai banyak segi yg serupa dan tepi yg selari. 2 bahan drpd kaca yg biasanya lut sinar, berbentuk tiga segi dan digunakan utk menyerakkan warna putih menjadi spektrum dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prisma


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
prisma tegakright prismPrisma yang dua dasarnya sejajar dan mempunyai permukaan sisi berbentuk segi empat tepat. Lihat rajahMenengah Atas
prisma tegakright prismPrisma yang mempunyai dua dasar yang sejajar dan mempunyai permukaan sisi bersegi empat tepat. Lihat ContohMenengah Rendah
prisma segi tigatriangular prismPrisma yang mempunyai keratan rentas berbentuk segi tiga. Lihat rajahMenengah Atas
prisma segi empat tepatrectangular prismPrisma yang mempunyai keratan rentas berbentuk segi empat tepat. Lihat rajahMenengah Atas
prismaprismPolihedron yang mempunyai dua permukaan selari dan kongruen (tapak), permukaan yang lain ialah segi empat selari yang terbentuk dengan pasangan bucu yang sepadan dengan dua tapak itu. Lihat rajahMenengah Atas
prismaprismPolihedron dengan dua permukaan yang selari dan kongruen. Lihat ContohMenengah Rendah
prismaprismBentuk tiga dimensi dengan sisinya berbentuk segi empat dan permukaan hujungnya berbentuk poligon. Lihat ContohSekolah Rendah

Kembali ke atas