perimeter | perimeter | Ukuran keliling sesebuah rajah, bentuk, atau kawasan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
matriks songsang | inverse matrix | Matriks songsangan kepada sesebuah matriks segi empat sama A ditulis dengan A-1. Hanya matriks segi empat sama yang boleh mempunyai matriks songsang. Lihat Contoh | Menengah Atas |
mata wang | currency | Unit wang yang digunakan di sesebuah negara. Contohnya, Malaysia menggunakan mata wang Ringgit Malaysia (RM) dan Indonesia menggunakan mata wang Rupiah (Rp). | Menengah Atas |
mata wang | currency | Jenis atau wang yang digunakan di sesebuah negara. Setiap negara mempunyai mata wang yang berbeza-beza. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
mata wang | currency | Jenis atau unit wang yang digunakan di sesebuah negara seperti Ringgit Malaysia (bagi Malaysia), Rupiah (bagi Indonesia). Lihat Contoh | Menengah Rendah |
liabiliti | liability | Hutang atau tanggungan yang perlu dibayar oleh individu atau sesebuah syarikat kepada pihak yang lain. | Sekolah Rendah |
aset | asset | Harta yang bernilai seperti barang, kenderaan, rumah, kedai, dan tanah yang dimiliki oleh seseorang atau sesebuah syarikat. | Sekolah Rendah |
tembereng | segment | 1. Bahagian sesuatu garis lurus dengan panjang tertentu. 2. Bahagian sesuatu bulatan yang dihadkan oleh suatu lengkok dan perentas yang menghubungkan kedua-dua hujung lengkok berkenaan. 3. Bahagian sesebuah bongkah yang dipotong oleh suatu satah. | Menengah Rendah |