Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
setsetSekumpulan unsur yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Set ditulis menggunakan tatatanda set { }. Contohnya, {2, 4, 6, 8} merupakan set yang terdiri daripada nombor genap kurang daripada 10.Menengah Atas
set semestauniversal setSet yang mengandungi semua unsur yang menjadi bahan perbincangan bagi suatu masalah matematik. Contohnya, dalam masalah yang melibatkan hanya nombor asli, set semestanya terdiri daripada set nombor asli {1, 2, 3, 4, . . .}. Simbolnya ialah epsilon, ε atau x.Menengah Atas
set kosongempty setSet yang tidak mengandungi sebarang unsur, yang ditulis sebagai Ø atau { }.Menengah Atas
set nolnull setLihat set kosong.Menengah Atas
persilangan setintersection of setsSet unsur-unsur sepunya bagi dua atau lebih set yang berbeza. Persilangan digambarkan dengan simbol ∩. Lihat ContohMenengah Atas
unsur setelement of a setNombor, huruf atau objek yang dikandung oleh suatu set. Contohnya, unsur set {a, b, c} ialah huruf a, b, dan c.Menengah Atas
set samaequal setsSet yang mempunyai unsur yang sama pada setiap set.Menengah Atas
tatatanda setset notationPenggunaan simbol tertentu untuk mewakili pelbagai konsep berkaitan dengan operasi sesuatu set. Lihat ContohMenengah Atas
tatatanda setset notationPenggunaan simbol tertentu untuk mewakili pelbagai konsep yang berkaitan dengan operasi set.Menengah Rendah
taburandistribution1. Susunan relatif suatu set nombor. 2. Satu set nilai bagi satu pemboleh ubah, dan kekerapan setiap nilai tersebut.Menengah Atas
123456

Kembali ke atas