Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.kut] | اڠکوت

Definisi : ; berangkut mengangkat dan mem­bawa (berkali-kali): empat kali Pak Pandir dan Mak Andeh ~ ulang-alik barulah habis; ­mengangkut 1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat): ia menolong ibu bapa­nya ~ kayu api; 2. membawa dr satu tempat ke tempat lain (bkn kenderaan dll), memuat­kan dan membawa ke sesuatu tempat dgn menggunakan alat pengangkutan: beberapa buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan; petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yg berhampiran; angkutan barang yg diangkut: lori itu terbalik kerana ~nya terlampau banyak; pengangkutan pembawaan (barang-barang dll) dr satu tempat ke tempat lain: ~ barang-barang itu harus didahulukan; ~ awam sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan; pengangkut 1. orang yg mengangkut; 2. alat utk mengangkut: ~ barang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.kut] | اڠکوت

Definisi : ; ~ besi = angkut-angkut sj tumbuhan (pokok), jelunut, mendarung gajah, Sommersonia bartramia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.kut] | اڠکوت

Definisi : ; mengangkut mengangkat dan membawa pergi: Lori Majlis Perbandaran itu digunakan utk ~ sampah di kawasan Petaling Jaya. angkutan 1 barang-barang yg diangkut. 2 ist belanja mengangkut barang-barang dagangan. ~ keluar belanja mengangkut barang jualan kpd pembeli. ~ masuk belanja mengangkut barang-barang yg dibeli. pengangkutan perbuatan atau hal mengangkut; pengiriman atau pembawaan barang-barang dll. ~ awam sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas, dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan. pengangkut 1 orang yg mengangkut. 2 alat utk mengangkut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ang.kut] | اڠکوت

Definisi : ; angkut-angkut serangga spt tebuan yg membuat sarang drpd tanah, Eumenes spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkut

Puisi
 

Angkut-angkut terbang ke langit,
     Sampai ke langit meragi kain;
Sudah bertangkup bumi dan langit,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang muncul pada permu- kaan air secara tiba-tiba. (UBAT) air engine (enjin udara) Enjin yang beroperasi dengan menggunakan udara termampat sebagai ben- dalir penggerak. (FIZ) air lift fermentation (fermentasi angkut udara) Fermentasi yang mengandungi ampaian sel yang dicampurkan dan diudara- kan dengan memasukkan udara dari bahagian bawah tiub atau turus bejana fermentasi untuk menghasilkan peredaran secara menegak. Fermentasi jenis ini dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu kamap kuat dan mempunyai sifat ketahanan semula jadi yang baik. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sementara, lan - tai, tiang dan alas angkut. (HUT) kanamycin (kanamisin) Antibiotik perencat sintesis protein. Antibiotik ini bertindak dengan cara mempengaruhi ribosom 30S dan seterusnya menyebabkan mRNA disalah baca sehingga membunuh sel bakteria. (BIO) kanat (kanat) Terowong bawah

Kembali ke atas