Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tas] | اتس

Definisi : 1 tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2 akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3 disebabkan oleh; kerana: ~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(238)
Peribahasa

Belayar atas angin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.

 

Lihat selanjutnya...(75)

13

A bad workman always quarrels with his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always quarrels with his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
lain yang mempunyai hujung lekitan. (BIO) adaxial (adaksial) Berkaitan dengan permukaan atau sisi sesuatu struktur yang terletak hampir dengan sesuatu paksi utama, iaitu tempat terlekatnya struktur tersebut. Con- tohnya, permukaan atas daun yang terletak berhampiran dengan paksi batang sesuatu pokok. (BIO) ADC (ADC) Singkatan bagi analog-to-digital converter. Lihat analog-to-digital converter. (KOM) addend (aden/yang ditambah) Nombor atau nada aeolin) Nada muzik yang dihasilkan oleh tali yang teregang apabila mengalami tin- dakan vorteks alur udara. (FIZ) aeration number (bilangan pengudaraan) Parameter yang digunakan untuk melihat kesan pengudaraan ke atas peng- gunaan kuasa dalam sistem teraduk. Bilangan pengudaraan ditakrifkan se- bagai nisbah penggunaan kuasa sistem bergas terhadap sistem tanpa gas, dan dinyatakan sebagai Pg/P = f (Na) dengan Pg ialah

Kembali ke atas