Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pi.sah] | برڤيسه

Definisi : 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucap­kan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pi.sah] | برڤيسه

Definisi : tidak berhubung antara satu dgn yg lain; tidak rapat atau tidak berdampingan kedudukannya; berenggang; berjauhan: Dr Ipoh kami bersama, sesampai di Kuala Lumpur, kami ~. Kedua-dua kota itu letaknya ~ beratus-ratus batu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai beliung dengan asahan.

Bermaksud :

Tidak pernah berpisah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dari telur, seperti pada serangga primitif. (BIO) analog interface anamorphosis Kamus Sains.indb 60 7/8/08 11:46:00 AM 61 anaphase (anafasa) Peringkat meiosis I apabila kromosom homolog berpisah atau peringkat meio- sis II atau mitosis apabila sentromer membahagi dua; dan kedua-dua kromatid berpisah, setiap satu dengan sentromer masing-masing. Kedua-dua kromosom yang terpisah bergerak pantas ke kutub yang bertentangan dengan sentromer mendahului pergerakan tersebut. (BIO) anaphase I (anafasa I) Fasa ketika kromosom

Kembali ke atas