Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.san.dar] | برساندر

Definisi : 1. = menyandar me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke, atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.san.dar] | برساندر

Definisi : berharap kpd pertolongan orang utk hidup atau utk maju dsb: Mereka terlalu benar ~ pd bantuan kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.san.dar] | برساندر

Definisi : 1 duduk atau berdiri sambil mengenakan badan pd sesuatu supaya selesa: Apakah nama pokok kayu tempat kita ~ ini? 2 terletak bersangga (pd): Tongkatnya diletakkan ~ pd dinding. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersandar

Puisi
 

Lentik sungguh pipi kijang,
     Anak rusa minum di mangkuk;
Adik kecil dadanya bidang,
     Tempat abang bersandar mabuk.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersandar di batang rengas,
     gatallah badan.

Bermaksud :

Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang menyebabkan penyempitan artriol. (BIO) angle brace (rembat sesiku) Rembat yang dipasang merentasi satu sudut di kerangka untuk menjadikannya lebih tegar. (KEJ) angle distribution function (fungsi agihan sudut) Fungsi yang bersandar kepada sudut sahaja sebagai pemboleh ubah untuk me- nyatakan keamatan atau kuasa gelombang bunyi yang berasal daripada getaran permukaan yang berbentuk sfera atau silinder. (FIZ) angle iron (besi sesiku) Keluli Berkaitan dengan bahan-bahan yang berasal daripada sesuatu ekosistem itu sendiri. Banding allochtonous. (BIO) autocorrelated variable (pemboleh ubah berautokorelasi) Pemboleh ubah yang wujud sebagai suatu jujukan nilai berturutan yang saling bersandar. (HID) autoecious (autoesius) Merujuk kepada patogen, terutama kulat karat, yang melengkapkan kitar auditory threshold autoecious Kamus Sains.indb 120 7/8/08 11:46:47 AM 121 hidupnya pada suhu

Kembali ke atas