Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.lur] | برتلور

Definisi : ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk menga­wan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki meng­­­gugurkan bom (dr kapal terbang), menge­­­bom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.lur] | برتلور

Definisi : 1 mengeluarkan telur. 2 ki ada hasilnya (keuntungannya dsb); berhasil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertelur

Puisi
 

Burung merpati bertelur tunggal,
     Menetas anak turun ke paya;
Ibu mati bapa pun meninggal,
     Di manalah tempat kami nak bermanja.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ayam bertelur di atas padi,
     mati kelaparan.

Bermaksud :

Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. (Biasa juga: Ayam di kepuk mati kelaparan).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
burung, termasuk ayam dan itik. Lihat juga Aves. (BIO) Aves (Aves) Kelas haiwan dalam filum vertebrata. Haiwan dalam kelas ini disebut burung atau unggas. Burung mempunyai bulu pelepah, berdarah panas, bertelur, mem - punyai kepak yang terbentuk daripada anggota hadapan, mempunyai paruh dan kaki yang berjari empat. (BIO) avian myeloblastosis virus (virus mieloblastosis unggas) Sejenis virus RNA onkogen. (BIO) avalanche breakdown avian extruder Kamus Sains.indb 727 7/8/08 11:51:21 AM 728 ventilation hole (lubang pengudaraan) Lubang yang dikorek oleh beberapa spesies kumbang kulit kayu, bermula dari galeri tempat bertelur hingga permukaan kulit kayu. Tujuan utamanya untuk mengudarakan galeri dengan membuang habuk korekan. (HUT) verify (sah betul) 1. Perihal menentukan sama ada proses atau pengendalian telah dilakukan seperti yang dirancang

Kembali ke atas